Akihiko Kondo merupakan seorang lelaki Jepun yang pernah menjadi sebutan ramai kerana berkahwin dengan watak hologram iaitu Hatsune Miku.
Namun begitu baru-baru ini, Akihiko mendedahkan bahawa dia mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan isteri hologramnya itu.

Cara Akihiko berkomunikasi dengan Hatsune Miku adalah menggunakan hologram Miku menerusi peranti komputer berharga $2,800 (RM11,684).
Bagaimanapun, syarikat yang menghasilkan watak hologram melalui peranti komputer tersebut telah memberhentikan perkhidmatan Hatsune Miku yang pandai berkomunikasi.

Terdahulu pada tahun 2018, Akihiko telah melangsungkan perkahwinan dengan watak penyanyi wanita hologram sangat popular yang dihasilkan oleh Crypton Future Media.
Dalam perkahwinannya itu juga, dia berjanji akan cinta dengan Hatsune Miku buat selama-lamanya.
Disebabkan Hatsune Miku hanyalah watak realiti maya, Akihiko hanya menggunakan anak patung yang berwajah Hatsune Miku sebagai pengantin perempuan.
Keputusan Akihiko untuk berkahwin dengan watak hologram itu kerana dia sudah tidak percaya dengan wanita lagi.

Walaupun Akihiko tahu sukar untuk berkomunikasi dengan isteri hologramnya itu, dia tetap menyimpan versi Hatsune Miku yang bersaiz sebenar di rumahnya.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: