Terdapat pelbagai lambakan produk dan suplemen untuk tujuan menguruskan badan yang sedang berada di pasaran.
Ramai dalam kalangan masyarakat yang terpengaruh dengan trend pembelian ubatan kurus untuk menurunkan berat badan mereka.
Antara produk yang terjual di pasaran adalah teh detox, suplemen kurus, losyen kurus, protein shake dan macam-macam lagi.
Namun, tahukah anda bahawa ada cara yang lebih efektif dan selamat bagi menurunkan berat badan?
Aktiviti berjemur di bawah matahari boleh menurunkan berat badan secara semula jadi dan tidak memerlukan sebarang kos yang mahal.
Hal yang demikian, kerana berjemur di bawah matahari dapat memperbaiki kerosakan leaky gut. Selain itu, dapat meningkatkan kesihatan mitokondria iaitu kesihatan kulit.
Terdapat pelbagai testimoni menarik hasil daripada berjemur di bawah matahari.
Saya mula rasa berminat untuk join KM sebab niat dari awal tu nak kurus 😂, tak sangka menjadi. Manage to lose 9kg by sunning, cutting sugar and gluten and manage to sleep early before 12. Alhamdullilah, Terima kasih atas segala perkongsian ilmu 🌞☀ https://t.co/Xq2RXHhvoR
— @kenangan كيت (@_Kenangankitaa) October 12, 2021
Berat badan pulak. Konsisten je between 54-56 KG all the time. I did NOTHING at all 😂 makan nasi? Yes. Sugar? No. This for me a big achievement already, sebab dulu struggle nau nak kasi taknak lebih 60.
— ussay (@BtUssay) November 25, 2021
Antara faktor penyumbang kepada obesiti adalah normalisasi gula dan piramid makan makan separuh suku suku bullshit serta CICO.
— Carmen Kay. A (@karmenlunarx) November 23, 2021
Even our dietitian is fat. How we expect others can be healthy?
Di samping itu, selain berjemur di bawah matahari diet yang seimbang haruslah diamalkan iaitu dengan meninggalkan gula dalam makanan serta meninggalkan gluten atau tepung gandum.
Hal yang demikian kerana, punca berat naik disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi di dalam makanan yang menjadi punca kepada kegemukan. Gula turut memberi satu rasa ketagihan yang menyebabkan ramai yang menjadi amat sukar untuk meninggalkan makanan yang mempunyai rasa yang manis.
Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: