Setiap orang pernah berada dalam situasi di mana mereka menolak wang kertas yang koyak ketika mahu membeli sesuatu barang.
Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia mempunyai garis panduan khas yang memberikan penjelasan secara terperinci tentang nilai wang ringgit berdasarkan tahap kerosakan pada duit kertas berkenaan.
Berapa jangka hayat mata wang kertas?

Sekiranya anda mahu tahu, wang polimer mempunyai jangka hayat yang cukup tinggi sekitar 10 hingga 20 tahun manakala duit kertas pula mempunyai jangka hayat yang berbeza.
Untuk rekod, wang kertas RM1 dan RM5 dibentuk dengan polimer manakala duit dengan jumlah lebih besar pula dibuat menggunakan kertas.
Apabila mata wang itu mempunyai jumlah yang besar, anggaran hayatnya juga akan menjadi lebih tinggi. Ia berkemungkinan besar kerana kadar transaksi yang lebih rendah.
Contoh kerosakan yang tidak akan jejaskan nilai mata wang

Sekiranya ia mempunyai dua pertiga atau lebih daripada saiz asal, anda tetap mempunyai nilai penuh wang kertas berkenaan.
Selain itu, wang kertas yang diconteng bukan pada bahagian wajah Yang di-Pertuan Agong pertama kita dan dalam skala kecil juga menyimpan amaun penuh duit berkenaan.
Contoh kerosakan yang akan jejaskan nilai mata wang

Bank Negara Malaysia menjelaskan bahawa anda akan memperoleh separuh daripada jumlah asal wang berkenaan sekiranya ia memenuhi dua syarat di bawah:
i. Ia masih mempunyai separuh daripada saiz asal wang kertas
ii. Kerosakan pada wang kertas itu tidak melebihi dua pertiga saiz asal
Akhir kata, duit yang telah dilekatkan dengan pita pelekat perlu diganti dengan serta-merta. Sekiranya berada dalam situasi seperti ini, anda dinasihatkan untuk menyimpan cebisan itu di tempat yang selamat supaya dapat mengekalkan nilai asal wang tersebut.
Anda boleh bawa wang itu dalam versi koyak ke Bank Negara Malaysia untuk membuat pertukaran. Hal ini demikian kerana kemungkinan untuk anda peroleh amaun penuh adalah cerah sekiranya ia melebihi dua pertiga saiz asal. Anda boleh juga klik pada pautan ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.