Setiap negara sudah tentu mempunyai bendera negara mereka yang tersendiri sama ada melambangkan fungsi sebagai simbol atau lambang serta identiti bagi setiap negara tersebut. Bendera bagi setiap negara umumnya adalah berbentuk segi empat, namun berbeza dengan bendera negara Nepal yang mempunyai bendera berbentuk dua segi tiga.

Negara Nepal adalah satu-satunya negara yang mempunyai bendera yang unik dimana ia mula diguna pakai secara rasmi pada 16 Disember 1962 setelah penyatuan kerajaan-kerajaan kecil oleh Prithvi Narayan Shah. Bendera negara Nepal yang berbentuk segi tiga ini sebenarnya adalah melambangkan kawasan pergunungan yang berbentuk segi tiga di Nepal.

Difahamkan, bentuk segi tiga ini juga sebenarnya merupakan bendera kerajaan Hindu dan Buddha di Asia dari zaman dulu. Disebabkan itu, negara Nepal ini turut ingin mengekalkan hal tersebut. Malahan, bendera Nepal memiliki banyak teori berkaitan maksud dua buah segi tiga yang ada pada bendera sama ada melambangkan pergunungan Himalaya atau melambangkan dua agama rasmi iaitu Buddha dan Hindu.
Bahkan warna-warna yang terdapat pada bendera Nepal juga mempunyai maksud tertentu di mana warna merah melambangkan kemenangan dan keberanian serta warna biru menunjukkan kedamaian. Manakala, bulan sabit di bahagian atas dan matahari di bahagian bawah menunjukkan bahawa Nepal sangat sejuk dan hangat.
Penulis:
- Nur Izyan Syazwani Binti Mohd Ruzian adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
- Prof. Madya Dr. Mohd Syuhaidi Bin Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.
Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah: