Tidak dapat dinafikan lagi, mesin layan diri atau lebih dikenali sebagai vending machine, merupakan salah satu kemudahan awam kerana mudah, pantas dan menjimatkan masa.
Kebanyakan vending machine di Malaysia cuma membekalkan minuman-minuman tin atau makanan-makanan ringan.
Namun begitu, vending machine di Jepun bukan sahaja membekalkan makanan dan minuman, malahan benda-benda unik lain daripada pakaian hingga haiwan serangga.
Payung

Peribahasa “sediakan payung sebelum hujan” kelihatan tidak relevan dalam kalangan masyarakat penduduk Jepun.
Mereka tidak perlu risau tentang hari hujan apabila terlupa membawa payung kerana payung juga boleh didapati melalui vending machine sahaja.
Tambahan lagi, penduduk Jepun menganggap bahawa terperangkap di dalam hujan tanpa payung merupakan salah satu perkara yang amat memalukan.
Sayur-sayuran

Memandangkan masyarakat penduduk Jepun terkenal dengan sifat yang berkerja keras, kebanyakan daripada mereka tidak sempat untuk ke pasar dan hanya membeli sayur-sayuran melalui vending machine sahaja.
Usah khuatir kerana sayur-sayuran ini masih segar kerana ditumbuhkan khas di dalam vending machine tersebut.
Kebanyakan pembeli sayur-sayuran di vending machine ini juga terdiri daripada restoran yang memerlukan sayuran segar.
Kari dalam tin

Kari dalam tin mungkin tidak kedengaran terlalu pelik. Namun, perkara yang unik tentang kari dalam tin ini ialah kari ini menggunakan daging beruang sebagai sumber proteinnya.
Burger

Di Malaysia, kita tidak asing lagi dengan Burger Ramly yang dijual di gerai-gerai kecil di tepi jalan.
Manakala di Jepun, mereka mempunyai sebuah vending machine yang menghasilkan burger.
Sebuah restoran di Tokyo juga menempatkan vending machine di luar restoran mereka buat pelanggan yang mahukan burger dalam kadar yang segera.
Tali leher

Kebanyakan pembeli tali leher di vending machine ini terdiri dalam kalangan pekerja yang ingin keluar sepanjang malam tetapi tidak sempat untuk menggantikan pakaian.
Selain itu, masyarakat penduduk Jepun juga menganggap bahawa memakai pakaian yang tidak lengkap ketika menghadiri mesyuarat atau temuduga adalah sebuah perkara yang tidak sopan.
Oleh itu, vending machine ini telah menyelamatkan ramai orang daripada terperangkap dalam situasi tersebut.
Kumbang

Kumbang dianggap sebagai sebuah simbol tuah yang baik oleh masyarakat Jepun. Vending machine yang menjual kumbang ini juga telah menjadi tarikan kepada kanak-kanak dan pengumpul serangga.
Berikutan daripada ini, munculnya beberapa vending machine yang menjual haiwan serangga yang lain seperti labah-labah tarantula, mentadak, dan juga lipas.
Kotak misteri

Di Jepun, terdapat beberapa vending machine yang menjual kotak-kotak misteri oleh orang yang tidak dikenali.
Kotak misteri itu akan dibalut dengan tulisan kanji atau nota agar dapat menarik minat pembeli.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: