Di Louisiana, United States, pemilik seekor anjing telah merakam anjingnya menyalak di tanah belakang rumahnya tanpa sebab.
Ramai tahu atau pernah dengar jika anda mendengar anjing menyalak pada waktu malam, bermaksud, anjing tersebut sedang menyalak pada benda halus atau hantu.
Perkara ini ada yang percaya dan tidak kerana secara logik, anjing boleh menyalak pada apa-apa sahaja yang dia nampak di hadapannya.
Seorang pemilik anjing ini pula sempat merakam gelagat anjingnya yang sedang menyalak dan seperti teragak-agak untuk berjalan di tanah belakang rumahnya.
Ketika merakam, pemilik anjing tidak begitu serius tentang perkara itu dan boleh dengar yang dia sedang sangka bahawa anjingnya hanya keliru dengan bayang-bayang mereka sahaja..
Pemilik itu tidak sedar yang dia telah membuktikan anjing boleh nampak benda halus dari manusia.
Selepas masuk rumah, dia melihat semula rakaman tersebut dan perasan bahawa ada lembaga tinggi sedang jenguk mereka dari belakang pokok di belakang rumahnya itu.
Pemilik tersebut kongsikan video di Reddit dan tanya pada warganet tentang apa yang dia rakam.
Dia juga menerangkan bahawa dia tidak nampak apa-apa ketika merakam termasuklah melalui skrin telefonnya. Kerana itulah dia mampu untuk teruskan merakam pada malam itu.
Namun, ada warganet yang tidak percaya akan rakaman tersebut.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: