
Pasti semua orang tahu bahawa setiap lokasi miliki cerita dan latar belakang sendiri. Malah, tak salah untuk kita menambah sedikit ilmu berkaitan tentang budaya dan kehidupan masyarakat dari negara luar.
Ibarat pepatah melayu, jauh berjalan luas pandangan. Tapi, pernahkah anda terfikir untuk singgah ke tempat-tempat misteri dan unik di dunia?
Jika anda berkesempatan berkunjung ke Thailand, Gunung Hin Sam Wan merupakan tempat mungkin yang anda cari. Terdapat satu pemandangan unik seakan 3 ekor paus sedang berenang di tengah hutan dan ia berhampiran dengan kawasan Phu Sing, Buengkan Thailand.
Difahamkan, ia bukan ikan paus sebenar tapi ia merupakan formasi batu purba berusia 75 juta tahun. Malah, ia juga memiliki tebing batu yang tinggi puluhan meter dan curam. Jika kita berdiri di atas batu itu, sebahagian pantai Mekong, gunung Pakkading di Laos dan Hutan Phu Wua dapat dilihat.
Disebabkan keunikkannya, tiga bentuk formasi batu purba yang menyerupai ikan paus ini mendapat jolokan ‘Three Whale Rock‘. Sehingga abad ini, batu gergasi ini dilindungi oleh kerajaan Thailand, bahkan juga menjadi khazanah kepada negara mereka.
Batuan purba ini boleh didaki dan para pelancong juga dapat berdiri tepat di atasnya. Ia tidak sama seperti batuan purba lain yang biasa ditemui di kawasan terpencil dan tersorok.

Jika mempunyai niat untuk mengunjunginya, pengunjung akan melalui jalan setapak yang luas sambil terus mendaki ke atas batu purba raksasa tersebut.
Bukan itu sahaja, pelancong juga boleh memilih sembilan laluan untuk melakukan aktiviti pendakian. Sepanjang perjalanan anda dapat melihat air terjun, pelbagai jenis tumbuhan, haiwan serta burung-burung berkicauan riang.
Selain itu, anda juga dapat menghidu bau alam yang sangat harum serta udara segar. Tidak kurang juga dengan irama alam yang melengkapi kesempurnaan tempat ini.
Buat penggemar aktiviti lasak seperti meredah hutan, sungai, mendaki gunung dan batuan purba, sudah pasti ia dapat memberikan pengalaman yang menakjubkan. Anda juga dapat merasakan ia seakan pengembaraan yang terbaik seumur hidup.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: