Bapa Kepada Teori Evolusi Bukanlah Darwin Tetapi Cendekiawan Islam Ini

al-Jahiz, bapa kepada teori evolusi

Pastinya ramai diantara kita yang tahu bahawa Charles Darwin terkenal dengan teori evolusinya iaitu The Origin of Species, bukan?

Darwin telah mengubah pemahaman kita mengenai dunia melalui bukunya yang terbitkan pada tahun 1859 dimana beliau memberi definisi kepada evolusi sebagai ‘proses munculnya variasi keturunan’.

Namun pada hakikatnya, beberapa ratus tahun sebelum itu, seorang ilmuwan bernama al-Jahiz telahpun mengasas teori ini.

Bukan itu saja, ia juga telah diabadikan dalam karyanya iaitu Kitab al-Hayawan (Kitab Haiwan-Haiwan).

Sumber: 1001 Inventions

Al-Jahiz atau nama sebenarnya Abu Uthman Amr ibn Bahr al-Kinani al-Basri, adalah seorang penulis dan seorang pemikir dari keturunan Ethiopia.

Lahir dalam keluarga yang miskin pada tahun 776 di Basra, Iraq, tidak menghalang al-Jahiz untuk menimba ilmu dalam pelbagai bidang. 

Disebabkan oleh minatnya yang mendalam untuk belajar, beliau telah menghasilkan lebih dari 200 buah buku namun hanya 30 buah sahaja tinggal sehingga kini. 

Kitab al-Hayawan sebenarnya merupakan buku berjilid yang terkenal yang menggambarkan lebih dari 350 ekor haiwan dari pelbagai spesies.

Disamping itu, ia juga mencatatkan puisi era pra-Islam, anekdot lucu, dan pandangan peribadinya.

Walaupun Kitab Haiwan-Haiwan ini meliputi subjek yang pelbagai, ia mempunyai informasi saintifik yang sangat bernilai dan melalui buku ini jugalah beliau memperkenalkan teori evolusi biologi.

Setelah membuat penelitian terhadap haiwan dan serangga, al-Jahiz menyimpulkan bahawa terdapat mekanisme yang menyumbang kepada evolusi haiwan.

Cendekiawan Islam ini menyatakan terdapat tiga mekanisme yang mempengaruhi evolusi spesies iaitu perjuangan untuk terus hidup, transformasi agar menjadi spesies haiwan baru dan faktor persekitaran. 

“Haiwan berlawan untuk terus hidup, untuk sumber semula jadi, untuk elak dari dimakan, dan juga untuk membiak.

Faktor persekitaran mendorong organisma untuk menghasilkan ciri-ciri baru bagi memastikan kelangsungan hidup, sehingga mengubahnya menjadi spesies baharu.

Haiwan yang terselamat akan mewariskan ciri-ciri baru ini kepada keturunannya.” katanya dalam kitab al-Hayawan itu.

Sumber: 1001 Inventions
Al-Jahiz juga mengaitkan kajiannya dengan aspek kerohanian. Contohnya seperti petikan dibawah:

“Tikus keluar untuk mengumpulkan makanannya, dan ia mencari dan merebutnya. Ia memakan beberapa haiwan lemah yang lain, seperti binatang kecil dan burung kecil…

Ia menyembunyikan anak-anaknya di bawah tanah dalam samaran untuk melindungi mereka dan dirinya daripada serangan ular dan burung.

Ular sangat suka makan tikus. Mengenai ular, mereka mempertahankan diri dari memerang dan hyena; yang lebih kuat dari diri mereka sendiri.

Hyena dapat menakutkan musang, dan musang dapat menakutkan semua binatang yang lebih lemah darinya.

Inilah undang-undang alam bahawa sesetengah kehidupan adalah makanan untuk yang lain… Semua haiwan kecil makan yang lebih kecil dari mereka; 

Dan semua haiwan besar tidak memakan yang lebih besar daripadanya. Manusia sesama mereka boleh dibaratkan seperti haiwan… 

Tuhan menjadikan sesetengah manusia sebagai asbab kehidupan untuk orang lain dan menjadikannya sebagai asbab kematian untuk sesetengah yang lain.”

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: