Bangunan Suci Agama Besar, Ini 5 Kawasan Kurang Diceritakan Pada Dunia

Mekah. Vatican City. Jerusalem. Tiga lokasi tersebut menjadi antara lokasi-lokasi terpenting penganut agama terbesar di seluruh dunia.

Tahukah anda, selain daripada 3 kawasan tersebut terdapat beberapa lagi buah kawasan dianggap suci, yang menjadi lokasi penting penganut beberapa kepercayaan berbeza di seluruh dunia?

Apakah kawasan suci lain yang ada melibatkan lima agama berbeza dan di manakah letaknya?

  1. Bodh Gaya, Gaya
bangunan-suci-agama-besar-ini-5-kawasan-kurang-diceritakan-pada-dunia
Sumber: Kathmandu & Beyond

Siapa tahu apakah kawasan utama suci utama ajaran Buddha?

Terdapat empat lokasi kawasan suci dikaitkan dengan agama Buddha; Lumbini di Nepal, Sarnath dan Kushinagar di Uttar Pradesh, India dan paling utama adalah Bodh Gaya yang terletak di Bihar, India.

Bodh Gaya menempatkan kompleks Kuil Mahabodhi, kuil pertama ajaran Buddha yang dibina semasa pemerintahan Maharaja Ashoka sekitar abad ke-3.

Lokasi Bodh Gaya dipandang tinggi masyarakat Buddha disebabkan di kawasan tersebutlah pokok yang dikenali sebagai Pokok Bodhi terletak.

Pokok Bodhi merupakan sebuah pokok tua di mana pengasas ajaran Buddha, Siddharta Gautama mendapat pencerahannya semasa beliau mengamalkan meditasi di bawah pokok tersebut.

Walaupun pokok itu telah dimusnahkan beberapa kali oleh pihak tidak bertanggungjawab serta bencana alam, pihak penjaga lokasi tersebut akan menanam kembali pokok sama di tempat yang sama bagi meneruskan tradisi yang menjadi anutan mereka.

2. Kuil Kashi Vishwanath, India

bangunan-suci-agama-besar-ini-5-kawasan-kurang-diceritakan-pada-dunia
Sumber: Wowkeren.com

Walaupun di Malaysia ramai penganut Hindu tetapi tidak ramai rakyat Malaysia mengambil kesempatan untuk mempelajari di manakah kawasan suci masyarakat mereka terletak.

Secara rasmi, terdapat 7 lokasi kawasan suci dalam ajaran Hindu dikenali sebagai ‘tirtha’ atau kawasan suci ; melibatkan kawasan-kawasan yang pernah dilawati atau dijejaki Dewa dan Dewi kepercayaan masyarakat Hindu.

Kuil Kashi Vishwanath dan Kuil Ayodhya, merupakan kuil yang paling utama dan kedua-duanya terletak di Uttar Pradesh. Kashi Vishwanath menjadi lokasi utama pemujaan dewa Shiva sementara Kuil Ayodhya pula merupakan lokasi kelahiran Dewa Rama.

5 lagi lokasi adalah Mathura dan Dwarka- lokasi kelahiran dan pusat pentadbiran kerajaan Dewa Krishna, Kanchipuram di Tamil Nadu, Hardiwar di Uttarakhand dan yang terakhir adalah Ujjain, lokasi Kuil Makaleshwar Jyotirlinga yang dipercayai pernah menjadi lokasi Deva Shiva bertafakur.

Satu impian untuk seorang penganut Hindu dapat hadir ke kesemua 7 lokasi, menjalankan ritual bagi membersihkan diri dari kesalahan serta mendekatkan diri mereka dengan kepercayaan mereka.

Bagaimanapun, ritual ziarah ini yang dikenali sebagai thirtayatra tidaklah menjadi satu perkara wajib bagi penganut Hindu yang perlu dijalankan.

3. Gurdwara Harmandir Sahib, Amritsar

bangunan-suci-agama-besar-ini-5-kawasan-kurang-diceritakan-pada-dunia
Sumber: 123RF

Pada tahun 1577, Gurdwara Harmandir Sahib di daerah Amritsar, India berjaya disiapkan dan ia adalah pusat suci masyarakat Sikh di seluruh dunia. Walaupun demikian Gurdwara Harmandir Sahib telah beberapa kali melalui proses bina semula ekoran serangan pihak luar.

Binaan yang ada ketika ini, adalah hasil projek yang diusahakan Maharaj Ranjit Singh sekitar penghujung abad ke-18. Beliau merupakan pengasas Empayar Sikh selepas menguasai Lahore pada tahun 1799, membina semula kuil ini ditapak asal yang sama di mana guru utama kelima ajaran Sikh, Guru Arjan membinanya kali pertama.

Gurdwara Harmandir Sahib menjadi lokasi tersimpannya kitab suci teragung agama Sikh-Guru Granth Sahib, sebuah kitab 1,430 muka surat dengan 5,894 ayat mengandungi ajaran daripada 6 guru utama agama Sikh serta gabungan ilmu Sufi penyair Muslim.

Modifikasi kepada rekaannya kali terakhir dilakukan secara besar-besaran pada dekad 1990-an, menambah binaan ukiran menggunakan lebih 500kg emas 24 karat melibatkan ratusan pengukir mahir selama 4 tahun. Kuil ini menjadi lokasi utama penziarah beragama Sikh hadir menyempurnakan amalan mereka, selain turut dibuka kepada orang awam tanpa mengira agama.

Apa yang unik, kuil ini turut menempatkan dapur yang menghidangkan hidangan percuma terbesar di dunia dikenali sebagai ‘langar’ yang menyediakan juadah roti tanpa mengenakan sebarang bayaran untuk semua pengunjung.

4. Ise Jingu, Jepun

bangunan-suci-agama-besar-ini-5-kawasan-kurang-diceritakan-pada-dunia
Sumber: Tripadvisor

Dinamakan sebagai Tokong Besar Ise atau Ise Jingu, kompleks tokong utama bagi penganut agama Shinto ini terletak dalam kawasan hutan-menjadi kawasan suci yang didedikasikan kepada Dewi Matahari, Amaterasu.

Ise Jingu dibahagikan kepada dua bahagian meliputi bahagian ‘naiku’ atau tokong dalaman dan ‘geku’ atau tokong luaran. Walaupun penyembahan Amaterasu menjadi fokus utama di sini, penganut agama Shinto turut mendirikan beberapa berhala kecil yang memuja beberapa berhala kecil yang memuja beberapa semangat berbeza dalam ajaran mereka.

Ise Jingu yang dibina kali pertama pada tahun 4 Sebelum masihi , sebelum diubah suai sekitar abad ke-7.

Sesuatu yang unik berkenaan kompleks suci Shinto ini, struktur-struktur utama di sini akan dibina semula setiap 20 tahun sekali, termasuklah jambatan yang menghubungkan kompleks tersebut serta pintu gerbang ikonik yang ada.

Kesemua struktur itu akan diroboh dan dibina semula menggunakan rekaan dan bentuk yang asal, berasaskan kaedah tradisional yang tidak menggunakan sebarang paku bagi memperkemaskan kekuatan struktur kayunya.

5. Archbasilica of Saint John Lateran, Rom

Sumber: Wikimedia Commons

Walaupun Kota Vatican atau Vatican City dan binaan St. Peter’s Basilica yang terletak di dalamnya seringkali diletakkan sebagai lokasi penting penganut ajaran Kristian Katolik, secara rasminya Archbasilica of Saint John Lateran adalah gereja paling utama komuniti Katolik.

Diisytiharkan kawasan suci pada tahun 324. Archbasilica of Saint John Lateran adalah lokasi rasmi di mana kerusi utama milik Pope yang dilantik dan diistilahkan sebagai ‘cathedra’, simbol kepada kedudukan dan kuasa tertinggi dalam hirarki masyarakat Kristian Katolik ditempatkan.

Dari segi sejarahnya, Archbasilica of Saint John Lateran sudah menjadi pusat kepada gerakan sejak era Constantine lagi, dijadikan titik pertemuan semua pemimpin Kristian serta kediaman pemimpin tertinggi gerakan Katolik.

Terletak di Rom, saiz gerejanya yang lebih kecil jika dibandingkan dengan St. Peter’s Basilica di Vatican City menyebabkan aktiviti di situ agak terhad jumlah pesertanya.

Sekitar abad ke-14, gereja Katolik mengambil keputusan mengalihkan kediaman Pope agar berdekatan dengan St. Peter’s Basilica, yang mengakibatkan fokus mula beralih ke sana. Bagaimanapun secara rasminya, Archbasilica of Saint John Lateran adalah gereja paling utama ajaran Kristian Katolik.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber: