Ketika semua orang mahu melupakan era hitam pemerintahan Donald Trump, ia ternyata berbeza untuk Iran yang masih belum move on dengan bekas Presiden Amerika Syarikat yang penuh kontroversi ini.
Ini kerana Iran yang masih menyimpan dendam terhadap Trump di atas insiden yang telah meragut nyawa komander tertinggi negara berkenaan iaitu Mejar Jeneral Qasem Soleimani pada 3 Januari 2020.

Bukan itu sahaja, Trump juga menuduh Iran membangunkan senjata nuklear sehingga mereka dikenakan sekatan ekonomi yang keras.
Menerusi akaun Twitter agensi berita Farsi milik kerajaan Iran, mereka memuat naik satu ciapan yang memetik pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei sekali dengan sekeping foto Trump bermain golf yang diambil dari udara pada akhir minggu lalu.
Petikan itu berbunyi, “Balas dendam tidak ada batas waktunya. Individu yang mengarahkan tindakan pengecut dengan mengambil nyawa Soleimani mesti tahu bahawa anda boleh meninggal dunia pada bila-bila masa sahaja.”
Ia seolah-olah memberi petunjuk bahawa tentera Iran mempunyai kemampuan untuk menghantar dron dengan bom untuk menghapuskan Trump.
Walau bagaimanapun, Twitter terus memadam hantaran terbabit kerana kandungan ciapan berkenaan yang mengancam dan melanggar polisi,

Dalam pada itu, kenyataan keras dan ancaman kepada Trump tidak hanya berlegar di media sosial tetapi ia turut dimuat naik di laman sesawang rasmi Ayatollah Ali Khamenei.
Buat anda yang masih keliru, sekatan ekonomi lebih keras telah dikenakan kepada Iran sepanjang Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat. Namun, apa yang lebih membuatkan mereka naik angin adalah Trump juga telah bertanggungjawab dalam satu operasi ketenteraan Amerika Syarikat yang telah meragut nyawa komander tertinggi Iran iaitu Qasem.
Qasem dipercayai merupakan orang kanan Ayatollah Ali Khamenei iaitu individu yang bertanggungjawab menyelaras misi ketenteraan Iran di pelbagai negara Timur Tengah.

Bagi para pemerhati, ia merupakan salah satu cara Amerika menawan hati Arab Saudi dengan menamatkan riwayat Qasem. Arab Saudi ialah sekutu penting Amerika Syarikat di Timur Tengah yang membenci Iran.
Untuk pengetahuan anda, hubungan Iran dan Amerika Syarikat memang sudah keruh sejak dari dulu lagi. Hubungan buruk antara kedua-dua negara tersebut bermula selepas gerakan ulama Syiah di Iran berjaya menjatuhkan pemerintahan Shah Reza Pahlavi di mana beliau mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat.
Ketika zaman pemerintahan Barack Obama, hubungan Amerika Syarikat dan Iran juga lemah namun sekatan yang dikenakan ke atas Iran tidaklah sekeras Trump.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: