Crush.
Antara perkara paling teruja dan dalam masa sama menakutkan ialah apabila berdepan dengan crush. Selalunya dengan crush ini kita akan selalu merasa diri insecure, atau kadang-kadang kita ni overki1led.
Perasaan berdepan dengan crush ni kadang-kadang merimaskan memandangkan ia adalah satu perasaan yang ketidaktahuan dan penasaran. Setiap hari kita fikirkan apa dia fikir pasal kita dan adakah kita akan layak bersamanya.

Persoalan-persoalan macam ni akan timbul bila kita tidak memahami secara prinsipal tentang apa perasaan crush itu sebenarnya.

Berdepan dengan crush ni selalunya bertambah sukar bila dia seorang yang popular, ataupun dia seorang yang sukar didekati, seperti seorang penghidap Asperger yang memang susah nak berkawan dengan orang.
Tapi kalau kena caranya, Insya-Allah akan berjaya.
1. Maklumat Tentang Si Dia

Mendapatkan maklumat tentang si dia ini adalah sepenting mendapatkan maklumat rahsia pada zaman p3rang dunia kedua dengan menggunakan mesin Enigma.
Tetapi sebenarnya kita boleh dapatkan maklumat tersebut dengan memerhatikan beberapa perkara. Mungkin cara terbaik ialah follow account Spotifynya. Dari situ kita boleh tahu lagu apa dia suka dengar, dan kemudian boleh cuba dengar.
Kalau tak boleh masuk dengan muziknya, cuba juga sekadar untuk membuat perbualan. Kalau tak boleh cuba juga, mungkin boleh cuba perkara lain macam sukan kegemaran, atau filem kegemaran.
2. Bercerita Politik Is Okay, Cuma Jangan Sampai Gaduh
Kadang-kadang apabila kita bercerita tentang politik, mungkin kita berada di posisi politik yang berlainan. Contohnya gadis kegemaran anda mungkin peminat Syed Saddiq sedangkan anda pula penggemar Facebook T3ntera Troll Kebangsaan Malaysia.
Boleh jadi gaduh nanti.
Sebenarnya boleh je bercinta dengan orang yang berbeza pendapat dalam politik, tetapi jika kita mengikut rentak macai politik dan tidak berdiskusi dengan idea, mungkin tak jadi nanti.
Cuba jadi devil’s advocate untuknya. Beri hujah antitesis yang membangkang dengan cara elok. Tapi kalau crush awak tu jenis mudah sentap, rasanya elok topik ini tak perlu disentuh.
3. Tak Perlu Gementar, Bual Seperti Biasa

Bukan apa, crush yang kita puja ni pun sebenarnya manusia juga. Dan dia pun ada kelemahannya.
Biasanya perasaan gementar tu datang bila kita tak tahu tentang dia. Tapi bila kita dah buat perkara nombor satu (rujuk di atas), dan kita dah tahu banyak maklumat tentang dia, kita dah tak perlu takut sebab kita dah tahu apa yang dia suka, apa yang dia tak suka.
4. Keyakinan Dalam Diri

Keyakinan akan datang bila kita dah tahu apa yang dia suka. Tapi apa juga perkara yang boleh meningkatkan keyakinan anda, anda boleh tunjukkan padanya. Dengan memperlihatkan keyakinan tersebut, anda boleh membuatkannya merasa selesa ketika bersama anda.
5. Kenali Orang-Orang Terapatnya

“No man is an island”, kata pepatah Inggeris. Walaupun dia ni seorang yang introvert dan tidak ramai kawan, dia akan ada orang-orang yang terapat dengannya.
Kalau nak dapatkan maklumat (langkah pertama), selain daripada pemerhatian, kita hendaklah rapat dengan orang terapatnya. Kawan-kawan, adik beradik, mungkin mak ayahnya.
Orang kata kalau dalam istilah bola sepak, macam ‘scout’ lah. Inilah merisik zaman pasca moden sebenarnya.
Bila dah tahu semua dan dah yakin untuk mendapatkan cintanya, dan bila dia pun sudah rasa selesa dengan kamu, apa lagi, kenapa nak crush lama-lama?
Lagipun crush ni bak kata Google, cuma empat bulan je.
