Bagaimana Seorang Rakyat Thailand Mampu Menjadi Ikon KPOP? Ini Kisah Di Sebalik Kejayaan Lisa Blackpink

Industri hiburan Korea kini sudah menjadi sebuah industri hiburan antarabangsa yang dikenali dunia. Disebabkan itu, rata-rata syarikat rakaman Korea seperti YG Entertainment, SM Entertainment dan JYP Entertainment sudah mula meluaskan pengambilan trainees ke beberapa negara Asia, Eropah dan Amerika.

Kumpulan sensasi dari Korea Selatan, Blackpink merupakan satu-satunya kumpulan wanita paling berpengaruh di dunia ketika ini. Terdiri daripada 4 orang ahli, 3 daripada ahli kumpulan ini merupakan trainees yang diambil dari luar negara.

Bagi yang tidak tahu, terdapat dua daripada ahli kumpulan ini yang berasal dari New Zealand dan mereka ialah Jennie dan Rosé. Jennie merupakan warga Korea yang dibesarkan di New Zealand, manakala Rosé pula merupakan gadis berbangsa Korea yang lahir dan dibesarkan di New Zealand.

Selain itu, mereka juga mempunyai ahli kumpulan yang berasal dari Korea Selatan sendiri dan beliau dikenali sebagai Jisoo. Namun, apa yang menarik bagi ahli kumpulan ini ialah Lisa, seorang gadis yang bukan sahaja berasal dari Thailand, malah beliau juga berbangsa Thai.

Bagi yang tidak tahu, gadis jelita yang dinobatkan sebagai wanita tercantik Asia pada tahun lepas ini berasal dari Bangkok, Thailand. Beliau dilahirkan pada tanggal 27 Mac 1997 dan merupakan ahli termuda dalam Blackpink. Lisa lebih dikenali sebagai maknae dalam kumpulannya.

Nama sebenar beliau ialah Pranpriya Manoban. Lisa kemudiannya menukar nama beliau kepada Lalisa yang membawa maksud ‘yang dipuji’, dan sekarang, beliau dikenali sebagai Lisa.

Gadis Thailand yang sangat berbakat ini berusia sekitar 14 tahun ketika beliau mencuba nasib di uji bakat yang dilangsungkan oleh YG Entertainmentsebuah syarikat rakaman gergasi Korea yang melahirkan artis-artis ternama seperti 2NE1 dan BIG BANG. Dalam 4000 orang yang menyertai uji bakat, hanya Lisa sahaja yang berjaya dipilih sebagai trainee di YG Entertaiment.

Setelah lebih kurang lima tahun menjalani latihan, Lisa kemudiannya membuat kemunculan sulung di mata dunia dalam kumpulan Blackpink menerusi single hit mereka, Boombayah.

Industri hiburan Korea mempunyai sistem yang unik di mana sebelum menjadi idol, mereka harus menjalani proses latihan dan akan dinilai setiap minggu. Lisa dikatakan lulus cemerlang setiap kali beliau dan ahli kumpulannya digred oleh pihak YG.

Menurut Jennie, Lisa akan mendapat A dalam semua aspek seperti nyanyian, tarian malah rap! Tidak hairanlah apabila beliau dikatakan penari terbaik!

Dalam pada itu, Lisa turut diberi jolokan Thai Princess oleh para BLINK. Beliau juga khabarnya digelar duta tidak rasmi untuk culture Thailand oleh ahli kumpulannya.

Bukan itu sahaja, malah Lisa juga merupakan seorang ikon fesyen. Blackpink bukan sahaja berbakat malah mereka juga mempunyai rupa paras yang cantik.

Populariti serta kecantikan gadis-gadis ini membuatkan jenama-jenama besar seperti Samsung malah jenama fesyen Perancis seperti Chanel, Dior, Yves Saint Laurent dan Celine ingin berkerjasama dengan mereka.

Menurut Lisa, beliau dipilih sendiri oleh jenama Celine sebagai muse dan telah beberapa kali dilihat mengenakan barangan dari jenama tersebut dalam stail hariannya. Majalah berprestij seperti Vogue juga turut menyiarkan stail-stail ikonik Lisa.

Bukan sahaja cantik, Lisa juga seorang yang berbakat, berdedikasi serta bercita-cita ingin menjadi penyanyi sejak kecil lagi. Setelah bertahun berlatih, kini Lisa berjaya mencapai cita-citanya dengan menjadi penari utama dan rapper bagi kumpulan Blackpink.

Dalam perkembangan lain, Blackpink mempunyai dokumentari sendiri di saluran tv digital berjudul Light Up The Sky yang kini telahpun ditayangkan secara rasmi di platform strim .