Seorang doktor di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS) telah menemui satu cara untuk mengatasi masalah obesiti.
Istilah obes menggambarkan seseorang yang mempunyai berlebihan berat badan akibat pengumpulan lemak di tubuhnya.
Kebiasaannya masalah kegemukan boleh diatasi dengan mengamalkan gaya hidup sihat dari segi pemakanan yang seimbang mahupun bersenam.
Namun rawatan asas seperti itu memakan masa yang agak lama untuk mengembalikan berat badan ideal.
Satu uji kaji sedang dilakukan diketuai oleh seorang doktor pakar iaitu Dr Ahmed R. Ahmed di Hospital St Mary, Paddington.
Dia percaya telah menjumpai satu cara melemahkan hormon ghrelin yang dikenali sebagai hormon lapar dalam tubuh manusia. Apabila hormon tersebut dilemahkan, ia akan menghentikan bekalan darah ke bahagian perut.
Kos bagi pembedahan itu hanya melibatkan belanja sebanyak £1,500 (RM8,425) yang jauh lebih murah berbanding dengan pembedahan untuk membuang lemak pada badan.
Pembedahan kecil pada pergelangan tangan yang dijalani akan dilakukan dengan memasukkan wayar berongga ke dalam salur darah. Ini akan menghentikan rasa keinginan untuk memakan secara berlebihan.
Menurut Dr Ahmed, pesakit obesiti sudah boleh keluar dari hospital dalam tempoh dua jam sahaja jika mereka membuat pembedahan ini. Hasil kajian ini turut menunjukkan masalah kegemukan ini mampu diubati tanpa memerlukan amalan diet pemakanan dan senaman.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: