Sebut sahaja tentang Pulau Pinang, pasti ramai yang membayangan keenakan makanan di negeri ini yang turut digelar sebagai syurga makanan di Malaysia.
Negeri ini menawarkan variasi makanan yang terdiri daripada nasi kandar, char kuey teow, roti canai dan pelbagai lagi hidangan lain yang membuatkan orang ramai sanggup datang ke Pulau Pinang semata-mata untuk food hunting.
Terbaharu, menerusi senarai yang dikeluarkan CNN, di sebalik ribuan hidangan di dunia, media ini telah memilih asam laksa di Pulau Pinang sebagai hidangan ketujuh terenak dunia. Lebih mengejutkan, hidangan ini turut berjaya mengalahkan hidangan tradisi Thailand iaitu Tom Yam serta manisan kegemaran ramai iaitu aiskrim.

Asam Laksa merupakan hidangan yang terdiri daripada gabungan ikan, asam, serai, lengkuas, cili serta beberapa bahan rahsia yang merupakan penyebab hidangan ini menjadi kegemaran ramai.
Walaupun hidangan ini bukanlah hidangan paling popular di Pulau Pinang menurut rakyat Malaysia, asam laksa Pulau Pinang berjaya menarik perhatian CNN untuk meletakkannya di tempat ketujuh. Berikut merupakan 10 makanan terenak berdasarkan senarai yang dikeluarkan CNN. Adakah makanan kegemaran anda turut tersenarai?
1. Massaman curry, Thailand
2. Neapolitan pizza, Italy
3. Cokelat, Mexico
4. Sushi, Japan
5. Peking duck, China
6. Hamburger, Germany
7. Asam Laksa Pulau Pinang, Malaysia
8. Tom yam goong, Thailand
9. Aiskrim
10. Chicken muamba, Gabon