Perkataan Yakuza berasal dari Jepun yang membawah maksud ya-ku-sa iaitu nombor 8-9-3 merupakan kombinasi jumlah nombor yang paling teruk dalam permainan kad Jepun. Berikutan itu, yakuza juga membawah maksud ‘good for nothing’.

Dipercayai yakuza dikatakan berasal dari ronin merupakan samurai yang tidak bertuan pada abad ke-17 dulu. Namun begitu, yakuza sekarang mempunyai banyak kumpulan seperti Yamaguchi yang diasaskan pada 1915, merupakan kumpulan paling besar diketuai oleh Takao Kazuo dan telah berkembang sepenuhnya selepas Perang Dunia Kedua.
Seperti yang anda ingin tahu, keahlian yakuza itu sendiri tidak salah dalam undang-undang Jepun. Oleh kerana itu, anda dapat melihat bangunan yakuza terletak di kawasan awam menandakan itu adalah ‘kawasan’ mereka.

Yakuza juga merupakan sindiket antarabangsa yang tidak hanya beroperasi di Jepun malahan satu dunia. Perniagaan sindiket mereka termasuklah penyeludupan manusia, pelacuran, perjudian, ceti haram, edar dadah dan banyak lagi aktiviti lain yang haram dilakukan. Walaupun begitu, organisasi yakuza hanya mengedar dadah dan tidak menghisapnya kerana mampu melumpuhkan kumpulan mereka.

Kedudukan yakuza dalam negara Jepun agak merumitkan apabila mereka turut melakukan kebajikan kepada masyarakat. Seperti contoh, ketika gempa bumi Kobe pada tahun 1995 dan kejadian tsunami pada tahun 2011, yakuza adalah yang paling terawal membantu mangsa dengan menyewa kemudahan dan helikopter untuk menyelamatkan mangsa dengan cepat.
Namun kini, organisasi yakuza jarang melibatkan diri dalam jenayah keganasan apabila lebih menumpukan perniaagan ceti haram sekali gus menjadikan mereka kumpulan penjenayah yang paling kurang membunuh di dunia ini.
Ini hanyalah merupakan kajian dan pendapat yang dibuat oleh penulis sahaja.