Arnab Simbol Kesuburan, Ini Kisah Asal Usul Sambutan Hari Easter

Hari Easter bukanlah suatu sambutan yang asing daripada orang ramai. Walaupun tidak menyambutnya, kita di Malaysia sering terdedah akan sambutan itu melalui media massa daripada barat yang menampilkan perayaan tersebut.

Sama seperti sambutan Halloween, banyak cerita daripada negara barat seperti Amerika Syarikat akan menggunakan elemen sambutan ini dalam cerita-cerita mereka.

Hal ini secara tidak langsung akan telah mendedahkan kita pada sambutan tersebut. Imej yang sering dikaitkan apabila menyebut sahaja Hari Easter sudah mesti imej maskot seekor arnab membawa bakul yang dipenuhi telur-telur yang berwarna-warni.

Namun tahukah anda sebenarnya apa asal usul sambutan ini dan kenapa orang di sana menyambutnya?

Maksud Dan Asal Usul Easter

Secara umumnya, Easter atau Paskah ialah perayaan agama Kristian yang disambut di seluruh dunia yang meraikan kebangkitan Jesus Kristus, pemimpin rohani Kristian yang dipercayai mereka sebagai anak Tuhan.

Kisah Easter ialah kisah permulaan salah satu agama terbesar di dunia. Menurut kisah dalam Bible, orang Rom menyalibkan Jesus.

Tiga hari selepas dia dikuburkan, dia dibangkitkan dari kubur, mengatasi kematian, dan melalui pengorbanannya, dia menawarkan keselamatan kepada semua umat manusia.

Easter atau Paskah ini adalah adalah percutian yang meraikan keajaiban ini.

Tetapi dengan beberapa aspek percutian yang berakar umbi daripada tradisi pagan dan Yahudi, asal usul Easter dikatakan bermula sejak berabad-abad sebelum Kristus dilahirkan lagi. Hari ini, ramai orang menyambut Easter, tanpa mengira agama mereka.

Tarikh Sambutan Easter

Tidak seperti perayaan Christmast yang mempunyai tarikh tetap, tarikh sambutan Easter berubah-ubah bergantung kepada tarikh Ahad pertama selepas bulan purnama belaku atau selepas ekuinoks musim bunga.

Tahun ini, Easter jatuh pada hari Ahad, 17 April 2022. Berikut ialah helaian panduan tarikh Paskah untuk lima tahun akan datang:

Ahad, 9 April 2023
Ahad, 31 Mac 2024
Ahad, 20 April 2025
Ahad, 5 April 2026
Ahad, 28 Mac 2027

Kaitan Easter Dengan Agama Lain

Easter bukan sahaja berkait dengan Kristian semata-mata. Ada bukti sejarah bahawa ia juga berkait dengan Pagan dan Yahudi.

Dalam agama pagan, terdapat bukti sejarah perayaan musim bunga berusia ribuan tahun yang berpusat pada ekuinoks— versi awal perayaan Hari Mei.

Kerana ia berlaku pada awal musim penanaman, kebanyakan cuti pagan ini menggunakan simbol kesuburan, pertumbuhan, kelahiran, nasib, dan cahaya yang menakluki kegelapan. Banyak tradisi Easter sekarang diturunkan daripada ritual purba ini, termasuk bakul Easter, mahkota bunga, dan memburu telur.

Malah nama percutian ini juga mempunyai hubungan dengan tokoh pagan. Ahli sejarah percaya Easter dinamakan sempena salah satu tokoh yang popular: dewi Anglo-Saxon Eostre.

Dalam agama Yahudi pula, tradisi Easter dikatakan diambil sempena perayaan mereka yang memperingati pembebasan orang Yahudi daripada perhambaan di Mesir. Percutian Yahudi menyediakan asas untuk perayaan Easter dan banyak makanan Easter tradisional, termasuk kambing.

Kenapa Orang Ramai Menyambutnya Dengan Arnab Dan Telur?

Mungkin agak tidak logik pada mulanya untuk menyambut kematian seorang tokoh dengan maskot arnab yang comel membawa sebakul telur.

Tetapi semuanya masuk akal apabila anda tahu bahawa Eostre ialah dewi kesuburan, dan arnab ialah haiwan yang baik untuk menyimbolkan kesuburan. Pada musim bunga, bayi arnab ada di mana-mana, ia menjadi tanda kesuburan dan, secara tradisinya, membawa tuah.

Arnab yang membawa bakul gula-gula Easter untuk remaja dan anak kecil ialah ciptaan yang agak moden. Asal usul Easter Bunny bermula pada tahun 1900-an, apabila ia muncul dalam kartun pengiklanan.

Barang yang dibawanya—sama ada telur yang dicelup berwarna atau gula-gula yang diperbuat daripada coklat manis—adalah satu tanda kepada tradisi pagan dan Kristian. Telur mewakili kehidupan baru, melambangkan bukan sahaja kesuburan Eostre tetapi juga kelahiran semula Jesus selepas kematian.

Oleh kerana percutian juga merupakan perayaan musim, sejajar dengan ekuinoks musim bunga, simbol musim bunga dimasukkan ke dalam perayaan. Maka terhasillah imej perayaan Easter yang kita lihat hari ini yang penuh dengan arnab, telur warna-warni, rumput hijau, dan bunga mekar.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: