Isu pelawak Ilya Buang atau lebih dikenali sebagai Pak Ya yang dikatakan telah dihalang daripada terbabit dalam rakaman program di sebuah rancangan televisyen, berlaku pada minggu lalu.
Ini kerana pelawak tersebut mengkritik orang-orang tertentu yang berkuasa dalam politik, menjadikan beliau digam daripada keluar di siaran televisyen.
Semalam, Twitter mengeluarkan amaran untuk menghalang gambar atau video yang dimanipulasi dalam laman sosialnya.
We know that some Tweets include manipulated photos or videos that can cause people harm. Today we’re introducing a new rule and a label that will address this and give people more context around these Tweets pic.twitter.com/P1ThCsirZ4
— Twitter Safety (@TwitterSafety) February 4, 2020
Kenyataan ini dibidas oleh ramai orang sebagai bersikap Orwellian dan menutup peluang untuk orang melawak, terutamanya dalam penggunaan meme.
Apa itu Orwellian?

Orwellian ialah istilah kepada pengawalan bahasa, seperti penapisan perkataan, berdasarkan novel tulisan George Orwell berjudul Nineteen Eighty-Four.
Buku itu mengisahkan kehidupan masyarakat yang tinggal di Oceania dibawah pemerintahan Big Brother yang memerhati tingkah laku rakyat disamping mengawal perkataan dalam bahasa agar rakyat patuh dengan pemerintah.
Perkara ini berlaku di negara-negara k0munis di era Jozef Stalin di Soviet Union, dan di Korea Utara. Perkara ini juga berlaku di China melalui dasar Kredit Sosial yang menghukum rakyat melalui sistem merit sosial.
Perkara ini semakin menular, terutamanya dari golongan elit yang mahu orang awam untuk mengikut telunjuk mereka, terutamanya selepas mereka berkali-kali dimalukan dalam pilihan raya, seperti referendum Brexit dan kemenangan Donald Trump pada 2016.
Pengawalan bahasa ini memantau fikiran rakyat secara tidak langsung, kerana bahasa adalah alat kepada pemikiran seseorang. Jika bahasa itu dikawal, maknanya pemikirannya juga dikawal.
Apabila pelawak komedi seperti Ilya digam kerana lawaknya, suasana Orwellian sudah kembali ke negara kita apabila pelawak tersebut tidak lagi dibenarkan keluar dalam siaran televisyen lagi.
Pada zaman pemerintahan N4zi Jerman, mereka akan menangkap para pelawak komedi yang membuat lawak terhadap pemimpin mereka, 4dolf H1tler.
Di S0viet Union pula, pelawak komedi akan dihantar ke gulag (kem tahanan politik) dan bekerja di suhu bawah paras beku bersama-sama pengkritik politik atau mereka yang didapati bersalah melanggar undang-undang Orwellian ini.
Dan hari ini, syarikat teknologi seperti Facebook, Google, dan Twitter melakukan perkara yang sama – mengawal pemikiran manusia melalui sekatan-sekatan seperti demonetise, shadowban atau dihalang daripada menggunakan laman sosial tersebut.
Sekaligus menampakkan hipokrasi mereka yang sering melaungkan kebebasan bersuara sebagai sebahagian daripada hak asasi manusia, namun apabila golongan liberal ini menerima kritikan, mereka menyokong sekatan suara ini kononnya demi keamanan semua pihak.
Perkara ini dikritik oleh pelawak komedi Britain, Johnathan Pie dalam video terbarunya berjudul “Hard Brexit”.
Video tersebut boleh ditonton di sini: