Apa Yang Menariknya Dengan Tasik Baikal Dan Tasik Gaet’ale?

apa-yang-menariknya-dengan-tasik-baikal-dan-tasik-gaet'ale

Tasik Baikal terletak di selatan Russia dan merupakan sebuah tasik yang paling dalam di dunia.

Tasik ini dikatakan mempunyai kedalaman 1642 meter dan paling banyak air tawar iaitu 23,615.39 km3, atau lebih kurang 23 peratus daripada jumlah keseluruhan air tawar yang ada di muka bumi.

Kawasan ini juga mempunyai air yang sangat jernih dan ia menduduki di tangga ketujuh tasik yang terbesar di dunia.

apa-yang-menariknya-dengan-tasik-baikal-dan-tasik-gaet'ale
Sumber: The Vocket

Masyarakat tempatan yang menduduki di kawasan ini dikenali sebagai suku kaum Buryat. Mereka menjadikan tempat tersebut sebagai rumah mereka dan kebanyakan daripadanya membela biri-biri, lembu dan juga kuda.

Pada musim sejuk, suhu di tasik ini boleh jatuh mencecah sehingga -19 darjah celcius manakala pada musim panas, suhu akan naik sekitar 14 darjah celsius.

Kawasan tasik ini dikelilingi dengan gunung ganang, pergunungan Baikal di sebelah utara dan Barguzin di sebelah timur laut. Sebanyak 330 buah sungai yang menyalurkan air pada tasik ini supaya sentiasa mengalir untuk memenuhi tasik tersebut.

Seperti yang diketahui ramai, tasik paling dalam merupakan tasik yang mempunyai takungan air tawar terbesar di dunia.

Namun, tahukah anda di mana terletaknya tasik paling masin?

Tasik paling masin di dunia bukanlah laut mati tetapi ia terdapat di sebuah tempat yang bernama Gaet’ale.

Gaet’ale ini hanya berada 4 kilometer dari Dallol, iaitu kawasan paling kering di dunia. Bahkan, kawasan Dallol juga mengeluarkan gas toksik yang bahaya akibat aktiviti gunung berapi.

apa-yang-menariknya-dengan-tasik-baikal-dan-tasik-gaet'ale
Sumber: Iluminasi

Tasik Gaet’ale ini mempunyai kepekatan garam sehingga 433 PPT (parts per thousand) atau 12 kali ganda lebih masin daripadalaut normal, manakal laut mati hanya mencapai 337 PPT sahaja.

Kawasan ini kelihatan terbentuk seperti bulan sabit dan berdiameter sekitar 60 meter. Tasik ini dipercayai terbentuk akibat kejadian gempa bumi yang berlaku pada tahun 2005.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber: