Dengan mencecah 67,186 kes sehingga masa tulisan ini dicatat, dengan kem4tian sehingga 1,527, dengan satu kem4tian dicatat kali pertama di luar Asia, iaitu di Perancis, v1rus COVID-19, atau lebih dikenali sebagai v1rus Wuhan, sudah dianggap pandemik yang serius.
Banyak negara sudah mula menghalang penerbangan dari dan ke China, sementara mereka yang datang dari sana dikuarantin atas dasar keselamatan.
Akibat daripada itu juga, kapal dagang juga tidak singgah ke China, dan ini menyebabkan lebih 600,000 kontena tersadai di pelabuhan-pelabuhan di China seperti di Shanghai, Ningbao dan Tianjin.
Menurut AP-Moller Maersk, syarikat perkapalan terbesar dunia, mereka telah membatalkan sekurang-kurangnya 27 pelayaran ke negara tersebut.
Kontena-kontena yang bernilai ratusan juta dolar dibiarkan tanpa diambil, akibat ketiadaan kapal dagang yang mahu mengambilnya, menurut Alan Murphy, ketua pegawai eksekutif Sea Intelligence.
“Jika dikira nilai satu kontena bernilai $1,000 (RM4,140), itu bermakna China sudah kerugian sebanyak $600 juta (RM2.48 billion),” kata Murphy dalam laporan berita perniagaan, Bloomberg News.
Beberapa buah syarikat seperti Michael Kors, Hasbro, dan banyak lagi kerugian akibat pembatalan kapal-kapal tersebut mengambil barang mereka di China.
Ekonomi China sudah teruk akibat p3rang dagang yang dilancarkan oleh Presiden Donald Trump sejak 2018, ditambah pula sejak pertumbuhan ekonomi perlahan sejak 2014 lagi.
Sebanyak 12 buah kapal pengangkut gas cecair untuk dihantar ke China, membatalkan pelayarannya dan terus tersadai di pelabuhan Doha di Qatar.
Bahan import lain seperti makanan juga berkurangan, menyebabkan harga barangan penting itu melambung tinggi di China.
Tinjauan di beberapa bandaraya di China mendapati, pasaraya mengosongkan rak-raknya, dan sengaja melambungkan harga berkali ganda untuk mengambil kesempatan ke atas permintaan tinggi dari penduduk yang terdesak.
China adalah negara pengimport kedua terbesar dunia selepas Amerika Syarikat, dengan mengimport sejumlah besar makanannya dari luar negara.
China mengimport $1.7 trillion (RM7 trillion), sementara eksport negara itu bernilai $2.4 trillion (RM10 trillion).
Perkara ini menyebabkan China dijangka mengalami kemelesetan ekonomi buat kali pertama sejak dasar buka pintu dilaksanakan oleh pemimpinnya, Deng Xiaopeng pada 1980.