Aisberg Terbesar Di Dunia Pecah Dan Terpisah Dari Antartika

Sebuah ketulan ais berbentuk seperti jari telah didapati pecah keluar daripada sebelah barat Ronne Ice Shelf di Antartika. Satelit berjaya menangkap imej sebenar aisberg ini yang kini diberi nama A-76 dan diakui sebagai aisberg terbesar di dunia.

Dengan keluasan 4,320 kilometer persegi, ia direkodkan oleh European Union’s Copernicus Sentinel, sebuah buruj satelit yang beroperasi mengelilingi Bumi.

Gambar daripada satelit menunjukkan imej A-76 yang telah pecah (Sumber: the guardian)

Sebagai bandingan, A-76 ini dikatakan bersaiz hampir empat kali ganda lebih besar daripada New York City dan melebihi jumlah keluasan Rhode Island.

Buat masa ini, ketulan aisberg tersebut masih bebas terapung di Weddell Sea. National Snow and Ice Data Center (NSIDC) memaklumkan bahawa kejadian ini tidak memberi kesan secara langsung terhadap paras laut.

Walau bagaimanapun, apungan ais boleh melambatkan aliran glasier dan saluran ais ke laut. Jadi, secara tidak langsungnya peristiwa ini akan akhirnya menyumbang kepada kenaikan laut.

Ahli sains turut menafikan kenyataan bahawa pecahan atau hakisan aisberg A-76 ini adalah disebabkan oleh perubahan iklim yang berpunca daripada manusia.

NSIDC juga mengatakan benua Antartika sedang mengalami peningkatan suhu pada kadar yang lebih cepat berbanding seluruh planet. Ia mampu menahan air beku yang cukup untuk menaikkan permukaan laut dunia sebanyak 200 kaki (60 meter).

Baca artikel-artikel menarik lain:

Sumber: