Peletakan jawatan oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik hari ini menggemparkan berita hari ini. Peletakan jawatan ini diumumkan oleh beliau pada jam 4:30 petang tadi, selepas beliau bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lantas, apa isu yang sebenarnya yang menjadi punca beliau meletakkan jawatan?
Dari kalangan para guru, beliau dianggap menteri pendidikan yang terbaik, kerana ramai para guru yang merasakan beliau sangat memahami kondisi guru serta isu-isu yang melibatkan sekolah.
Pun begitu dalam laman portal berita The Malaysian Insight, Dr Maszlee dipilih sebagai menteri yang paling tidak popular, seterusnya timbul persoalan, siapa yang mengundi dalam portal ini, dan mengapa dia dibenci sebegini rupa?

Umum mengetahui bahawa antara isu yang membelenggu kementerian yang dipimpin beliau ialah isu tiga muka surat tulisan Jawi yang akan dimasukkan dalam modul pendidikan akan datang.
Antara yang paling lantang bersuara ialah Dong Zong, iaitu pertubuhan pendidikan Cina yang mengatakan langkah ini sebagai langkah untuk mendekatkan sistem pendidikan dengan proses Islam1sas1.
Sudah diulang berkali-kali, namun golongan ini berdegil tidak mahu mendengar. Tulisan Jawi tidak ada kena mengena dengan agama Islam, ia cuma tulisan yang berakar umbi dari bahasa Arab.
Dan dalam dunia Arab, ada pelbagai agama seperti Kristian dan Majusi, namun mereka semua menggunakan tulisan yang sama.
Dalam erti kata lain, tulisan Jawi tidak ada kaitan, tetapi sengaja dibangkitkan kerana faktor Isl@m0ph0bia yang semakin menebal dalam sesetengah golongan.

Isl@m0ph0bia ini bukan isu baru, ia sudah berlaku sebelum 11 September 2001 lagi. Kebencian terhadap Islam ini datang dari dakyah kononnya umat Islam ini p3nggan@s dan mengamalkan budaya yang tidak bertamadun.
Tetapi sejarah telah membuktikan bahawa kemajuan sains dan teknologi pada zaman kegemilangan Islam menunjukkan sebaliknya, kerana Islam sendiri mementingkan ilmu dan kebijaksanaan.
Sentimen Isl@m0ph0bia ini sengaja disebarkan oleh pihak tertentu dalam usaha mahu memprovokasi orang Islam supaya mengganas, lantas membuktikan kata-kata mereka itu benar. Dan laporan berita yang berat sebelah dari media Barat seperti BBC dan CNN juga membuktikan ramai dalam kelompok masyarakat kita terpengaruh dalam propaganda Isl@m0ph0bia ini.
Tulisan Jawi adalah warisan kita dan sebelum tulisan Rumi digunakan dalam masyarakat, masyarakat kita menggunakan tulisan Jawi sebagai tulisan yang menghubungkan semua bangsa.
Bahkan Yap Ah Loy juga pernah mengutus surat kepada pegawai polis dalam tulisan Jawi, dan ada ramai dari kalangan orang Cina hari ini pun pandai membaca dan menulis tulisan Jawi.

Jadi, apa masalahnya sehingga seorang Menteri Pendidikan terpaksa meletak jawatan? Siapa pengundi-pengundi yang mengundi beliau sebagai menteri paling tak popular ini, jika para guru semuanya sukakan dasar beliau?
Siapa yang mendesak beliau meletakkan jawatan?
Untuk membaca artikel yang berkaitan, boleh baca di: