Setiap minuman campuran kopi menjadikan Espresso sebagai bahan asas untuk menghasilkan minuman kopi yang lain. Tanpa Espresso, campuran kopi tidak menjadi pilihan penggemar kopi.
Menurut laporan Sinar Harian, kandungan kafein dalam kopi boleh menghilangkan rasa mengantuk. Oleh sebab itu, kopi menjadi pilihan penduduk dunia.

Berikut adalah 4 minuman kopi menggunakan bahan asas Espresso.
1. Mocha
Mocha sesuai bagi pengemar minuman coklat. Minuman ini menggunakan campuran espresso, coklat dan steamed milk.
Rasa mocha tidak sama seperti kopi sebenar kerana dicampur bersama kopi dan coklat yang sesuai dengan bukan pengemar kopi.
2. Latte dan Cappoccino
Latte dikenali sebagai kopi susu. Campuran Latte ialah satu shot espresso, steamed milk dan milk foam. Manakala campuran Capuccino hanyalah espresso dan milk foam. Walaupun cara penyediaan seperti sama tetapi mempunyai rasa yang berbeza.
Kebiasaannya, orang selalu memesan Latte dan Cappuccino kerana rasanya manis kerana campuran susu dan tidak terlalu pahit walaupun terdapat campuran Espresso.
3. Macchiato
Minuman Macchiato ialah kopi yang ditambah dalam susu. Pelanggan tidak akan menempah minuman Macchiato sebaliknya menjadikan Macchiato sebagai bahan yang lain.
Peminat kopi Macchiato akan menambah pelbagai perisa seperti karamel, vanila dan coklat. Sebagai contoh minuman Caramel Macchiato menjadi pilihan ramai.
Pada pendapat anda, apakah kopi kegemaran anda dan kenapa kopi itu menjadi pilihan anda? Ada sesetengah orang menggemari kopi yang dicampur bersama susu dan ada juga lebih menikmati rasa kopi sebenar dan pahit. Semuanya bergantung kepada selera masing-masing.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: