Memang menjadi satu lumrah peredaran masa dimana ada tempat masih digunakan sejak awal, ada tempat ditinggalkan sehingga menjadi tempat terbiar sekian lama.
Tempat-tempat terbiar selalunya akan menimbulkan perasaan seperti gementar atau rasa ingin tahu kepada sesiapa saja yang melawatinya.
Bahkan, tempat sebegini juga merupakan destinasi yang paling menarik bagi mereka yang sukakan sejarah, pengembaraan dan juga misteri.
Dari terowong perlombongan lama, penjara berhantu sehinggalah set penggambaran 70-an, berikut adalah 7 tempat terbiar yang menarik untuk diterokai di seluruh dunia.
Newnes Glow Worm Tunnel
New South Wales, Australia

Pada awal 1900-an, terowong beranggaran 1,312 kaki panjang ini di bina sebagai landasan yang digunakan oleh pelombong.
Kini, terowong di Taman Nasional Wollemi yang terletak beberapa jam dari luar bandar Sydney ini dibiar suram pada luaran namun dalamannya diterangi oleh berjuta-juta ulat yang bercahaya!
Maunsell Army Sea Forts
England

Kubu-kubu di perairan pantai timur England ini pada asalnya adalah menara senjata Perang Dunia Kedua sebagai pertahanan dari serangan pesawat Jerman.
Bagaimanapun, kubu-kubu ini tidak lagi digunakan sejak 1950. Ia dibiar terbengkalai dan mereput.
Sesiapa yang ingin melihat tinggalan zaman perang ini boleh melihatnya dengan menaiki bot.
Wanli UFO Village
Taiwan

Bilik-bilik berbentuk pod ini pada asalnya direka sebagai chalet dan dijadikan sebagai sebahagian daripada resort percutian di tepi pantai.
Namun, disebabkan masalah kewangan, projek Futuro, banggunan yang diperbuat daripada getian kaca ringan ini telah ditinggalkan.
Jika dilihat pada masa kini, ia bukanlah sebuah destinasi percutian yang indah, tetapi sebuah lokasi yang menimbulkan perasaan tidak senang kepada pengunjung.
Eastern State Penitentiary
Philadelphia

Penjara ini telah beroperasi sejak 1829 sehingga 1971. Pada ketika itu, penjara ini merupakan sebuah penjara yang paling besar di Philadelphia.
Bukan itu saja, penjara ini terkenal dengan banduannya yang sering diseksa dengan teruk.
Kini ia merupakan sebuah penjara terbiar dan didakwa sebagai salah satu tempat paling berhantu di seluruh dunia.
City Hall Station
New York

Stesen kereta api bawah tanah yang indah ini digunakan hingga tahun 1945. Ia ditutup kerana lekuk platform terlalu tajam untuk kereta api yang lebih baru dan panjang.
Dihiasi dengan jubin berwarna-warni dan candelier, karya seni ini sayangnya tidak lagi dapat diakses oleh penumpang dan pelawat.
Akan tetapi, New York Transit Museum masih lagi menawarkan lawatan ke stesen bawah tanah ini.
Gunkanjima Island
Nagasaki, Japan

Kurang dari satu kilometer persegi batu, Pulau Gunkanjima terletak di atas lombong arang bawah laut sejak 1950-an.
Dahulu, pulau ini didiami hampir 6,000 orang dan ia merupakan tempat yang terpadat dengan penduduk di dunia. Sayangnya, apabila arang batu habis, kota mikro ini dibiar sepi.
Star Wars Sets
Tozeur Desert, Tunisia

Sebilangan besar penggambaran untuk planet Tatooine mengambil tempat di Tunisia, dan beberapa set penggambaran telah ditinggalkan jauh di Gurun Sahara setelah produksi tamat.
Set yang ditinggal juga termasuk rumah kanak-kanak ikonik Luke Skywalker dari Star Wars Episod 4: A New Hope.
Walau bagaimanapun, beberapa set penggambaran tersebut telah mereput dan terkubur di timbus pasir.
Untuk baca artikel-artikel lain, anda boleh klik pada pautan di bawah: