6 Slanga Terkenal Rakyat Malaysia Ini Dipinjam Daripada Bahasa Cina Dan India

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang hidup dalam negara berbilang kaum, kewujudan interaksi antara pelbagai budaya membawa kepada penggunaan dan peminjaman istilah bahasa yang kemudiannya dijadikan slanga atau lebih dikenali sebagai bahasa pasar.

Kami kongsikan enam slanga pinjaman daripada bahasa Cina dan India yang cukup terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia menerusi artikel ini:

1. Kiasu

Sumber: Iluminasi

Kiasu ini membawa maksud sikap tamak dan pentingkan diri sendiri yang ditonjolkan oleh individu dalam semua aspek kehidupan seharian.

Ia lebih kepada sebuah gelaran yang bernada negatif merujuk kepada individu yang annoying. Contohnya, mereka yang memotong barisan tanpa rasa serba salah, individu membolot semua jualan murah atau yang hanya fikirkan kepentingan diri sendiri sehingga sanggup mengorbankan keselesaan dan kesenangan orang lain.

2. Pokai

Sumber: Insken

Semua orang pernah berada dalam situasi di mana kewangan kita berada di tahap nyawa-nyawa ikan terutamanya ketika tengah bulan, betul tak?

Pokai ini sebenarnya diambil daripada istilah pok kai dan ia terkenal dalam kalangan masyarakat kita kerana bahasa Melayu masih belum mempunyai perkataan yang membawa maksud sama.

3. Tapau

Sumber: Juice

Tapau ini membawa maksud yang sama dengan istilah asalnya iaitu perbuatan membungkus makanan untuk dibawa pulang. Selain membungkus makanan, ia juga digunakan untuk menggambarkan kekalahan teruk yang memalukan kepada pihak lawan dalam sukan, permainan e-sukan atau aktiviti pergaduhan.

4. Ingge porengei

Sumber: wikiHow

Kebanyakan kata pinjaman bahasa slanga Melayu daripada masyarakat India mengekalkan cara sebutan dan mempunyai makna yang sama. Salah satu contoh yang paling terkenal ialah, “Ingge porengei?” yang membawa maksud “Anda hendak pergi ke mana?”

5. Yillek

Yillek selalu digunakan ketika makanan yang cuba dipesan habis terjual. Perasan atau tidak, rata-rata penutur istilah ini akan menyebut perkataan ini sambil mengangkat dan memusingkan tangan beberapa kali serta menyengetkan kepala mereka sedikit.

6. Podah

Sumber: Iluminasi

Podah ini pula selalu digunakan dalam nada keras yang membawa maksud, “nyah engkau dari sini!” atau “pergi dari sini!”

Selain maksud asalnya, perkataan ini juga selalu digunakan apabila kita cuba menolak sesuatu yang kelihatan seperti gebang kosong seperti kisah yang tidak masuk akal daripada rakan-rakan.

Antara keenam-enam perkataan di atas, istilah mana yang menjadi kegemaran anda?

Sumber: