Semua orang pernah makan makanan segera sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Rangkaian makanan segera seperti Subway, Burger King, McDonald’s dan Kentucky Fried Chicken (KFC) sangat terkenal dan berjaya sehingga ia mempunyai ribuan cawangan di seluruh dunia.
Kami akan kongsikan enam buah kedai yang menciplak rangkaian makanan segera terkenal di dunia menerusi artikel ini:
1. Pizza Hat

Terletak di Iran, Pizza Hat menumpang populariti Pizza Hut dengan menghasilkan menu yang lebih sesuai dengan penduduk negara tersebut. Untuk pengetahuan anda, banyak rangkaian makanan segera seperti Pizza Hut dan McDonald’s kurang mendapat sambutan di Iran.
2. Stars & Bucks

Terletak di Bethlehem dekat Palestin, papan tanda dan cetakan cawan kopi kedai ini juga kelihatan seakan-akan jenama Starbucks. Ia dibuka bagi menarik pelancong luar yang datang. Selain menawarkan menu yang sama dengan Starbucks, Star & Bucks turut menyediakan shisha kepada para pelanggan.

3. Burger Friends

Terletak di Baghdad dekat Iraq, Burger Friends ternyata meniru jenama Burger King yang terkenal termasuk logonya sekali. Sama seperti Pizza Hat, restoran ini dibuka supaya penduduk tempatan dapat menikmati hidangan menyerupai Burger King yang tiada di restoran tersebut.
4. Subday

Sekali pandang, anda mungkin tidak dapat membezakan di antara Subway dan Subday. Logo, warna dan tulisannya hampir sama tetapi ia dibezakan dengan satu huruf sahaja.
Terletak di Moscow dekat Rusia, restoran ini juga menyediakan sandwic mengikut konsep Subway kepada para pelanggannya.
5. Adomino Pizza

Sama Seperti Subday dan Subway, satu huruf sahaja yang membezakan antara Adomino Pizza dengan Domino’s Pizza. Warna dan logonya juga kelihatan sama seperti jenama piza terkenal berkenaan.
Terletak di India, restoran ini berada betul-betul bersebelahan sebuah kedai piza lain iaitu Pizza Hot.
6. 7-Twelve

Walaupun kedai serbaneka ini bukannya restoran, ia menjual makanan segera. Terletak di China, 7-Twelve mempunyai logo, tulisan dan warna yang sama dengan 7-Eleven.
Untuk pengetahuan anda, 7-Twelve bukanlah satu-satunya kedai yang meniru 7-Eleven.
Berdasarkan semua kedai makanan segera dalam artikel ini, mana satu yang paling menarik perhatian anda?
Untuk beca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: