Kalian tahu pepatah, beauty is pain? Kecantikan adalah kesakitan?
Kadang-kala, pepatah itu terbukti berguna kerana ia boleh memotivasikan seseorang untuk melangkaui limitasi diri untuk kecantikan, tetapi ada juga masa di mana ideologi tersebut tidak patut dihiraukan, terutamanya apabila ia membawa mudarat kepada diri.
Daripada pemakaian korset hingga pembedahan plastik, ini adalah beberapa trend fesyen yang mengarut dan berbahaya yang harus dihentikan.
1. Dahi Luas
Ini merupakan trend semasa zaman Elizabeth kerana dahi yang luas dianggap sebagai tanda kecantikan dan sesetengah wanita sanggup menyusut garisan rambut mereka untuk mencapai rupa ini.
Wanita pada zaman itu akan kerap kali mencabut satu demi satu folikel rambut. Apabila rambut sentiasa dicabut, ia akan melambatkan kadar pertumbuhan rambut kerana sebaik sahaja satu folikel dicederakan, kemungkinan rambut untuk tumbuh semula berkurangan.
Namun, oleh kerana itu adalah hasrat wanita zaman tersebut, mereka tidaklah peduli akan kesan yang terjadi pada rambut mereka— walhal, mereka lagi mengharapkan yang rambut tidak akan tumbuh balik.

2. Pakaian Crinoline
Pakaian crinoline diperbuat daripada bahan yang sangat mudah terbakar, namun fakta itu tidak menghalang ratusan wanita untuk mengikut trend tersebut di England pada 1850s dan 1860s.
Menurut statistik Inggeris terkenal, Florence Nightingale, dianggarkan pada tahun 1863 hingga 1864, 630 wanita kehilangan nyawa mereka akibat insiden berkaitan gaun-gaun crinoline ini.
Pernah juga direkodkan bahawa dua saudara perempuan Oscar Wilde, seorang penyair dan penulis drama terkenal dari Ireland, adalah antara wanita yang meninggal dunia semasa memakai pakaian ini. Emily dan Mary kedua-duanya meninggal selepas gaun mereka terbakar.

3. Chopines
Ada ramai wanita yang suka memakai kasut tumit tinggi manakala ada juga yang tidak berkenan dengannya. Walau bagaimanapun, apabila chopines menjadi trend pada abad ke-16, semua wanita mengenalinya sebagai kasut platform yang membunuh.
Sejujurnya, kasut tersebut ada iras sedikit dengan kasut tinggi moden yang dipanggil sebagai platforms, tetapi kasut-kasut ini langsung tidak kukuh dan stabil. Tambahan pula apabila teringatkan jalan raya, kaki lima, dan turapan yang ada pada abad ke-16— langsung tidak rata!
Wanita biasanya akan terjatuh disebabkan chopine mereka. Namun, kasut tersebut kerap dipakai oleh wanita dari masyarakat elit kerana ketinggian yang diberi oleh chopines melindungi pakaian mereka daripada lumpur dan tanah.
Walaupun konsep untuk kasut itu baik, tetapi apa gunanya jika wanita-wanita yang pakai kasut itu jatuh tersadung?

4. Diet Cacing Pita
Secara keseluruhannya, diet ini boleh mengakibatkan seseorang itu untuk mendapat jangkitan oleh kerana simptom tipikalnya adalah penurunan berat badan.
Wanita-wanita pada zaman Victoria akan mengambil sebiji pil yang diperbuat daripada telur cacing pita. Mereka menggangap bahawa cacing pita tersebut akan memakan segala kalori yang mereka hadam dan akan membantu dengan pengurangan berat badan.
Walau bagaimanapun, cacing pita tidak selalu melekat pada organ sistem pencernaan dan sebaliknya boleh memberi beberapa kesan buruk termasuk rasa loya, demam, cirit-birit dan sakit perut. Yang lebih mengerikan, pemakanan cacing pita boleh juga membawa maut!

5. Pembedahan Membuang Tulang Rusuk
Ya, ini merupakan sebuah fenomena dan trend masa kini.
Perbuatan ini kedengaran gila tetapi memang dilakukan. Terutamanya bagi mereka yang inginkan rupa badan seperti jam pasir. Mempunyai sosok jam pasir telah menjadi salah satu trend kecantikan terbesar sejak zaman Victoria, dan sama seperti wanita-wanita zaman itu, mereka sanggup buat apa sahaja untuk mencapai rupa badan yang diidamkan.
Malangnya, kaedah yang digunakan pada zaman sekarang lagi dahsyat daripada zaman dulu. Dulu, wanita-wanita akan memakai korset bertali untuk membentuk dan menjadikan badan mereka kelihatan lebih kecil. Tetapi sekarang, ada golongan yang sanggup mendapatkan pembedahan untuk mengeluarkan tulang rusuk dari badan mereka.

Pada pendapat anda, adakah wajar untuk memudaratkan diri untuk mencapai standard kecantikan semasa?
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: