5 Tempat Yang Tidak Boleh Dilintasi Pesawat

Penerbangan pesawat menjadi salah satu penerbangan yang tersibuk di dunia. Terdapat ribuan penerbangan setiap hari ke pelbagai destinasi dunia.

Namun demikian, terdapat beberapa tempat yang tidak boleh dilintasi oleh pesawat.

1. Kaabah, Mekah

Kaabah yang terletak di Mekah telah menjadi antara tempat yang tidak boleh dilintasi oleh pesawat. Hal ini merupakan peraturan yang ditetapkan oleh pemerintah kerajaan Arab Saudi.

2. Machu Picchu, Peru

Machu Picchu adalah salah satu keajaiban dunia moden. Peninggalan Suku Inca di pergunungan Andes ini juga tidak boleh dilalui oleh kapal terbang. Hal ini kerana Machu Picchu merupakan salah satu elemen sejarah yang penting di dunia. Pemerintah Peru melarang penerbangan di atas binaan runtuhan Inca sejak 2006.

3. Rumah Lionel Messi

Sebuah peraturan yang ditetapkan oleh terminal baru Bandar Antarabangsa El Prat de Liobregat, Barcelona, Sepanyol iaitu pesawat dilarang melintasi rumah Lionel Messi. Rumah Messi di Barcelona telah menjadi salah satu kawasan termahal.

4. Tibet

Tibet adalah salah satu wilayah yang tidak dilintasi pesawat terbang. Wilayah Tibet terletak di sempadan Asia Timur dan Asia Selatan. Pesawat tidak dibenarkan terbang di atas wilayah Tibet atas faktor keamanan.

5. Taj Mahal

Taj Mahal juga merupakan kawasan yang dilarang dilintasi pesawat. Pemerintah India melindungi binaan ini dengan membuat peraturan bahawa pesawat tidak boleh melintasi Taj Mahal.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: