5 ‘Subculture’ Yang Aneh Dan Diagungkan Masyarakat Seluruh Dunia

Kalau di Malaysia, pasti anda sudah biasa dengan trend yang dinamakan sebagai raver yang popular dalam kalangan anak muda di negara ini.

Walaupun ada yang mengucap panjang ketika melihat tarian yang dilakukan anak remaja raver itu, ketahuilah perbuatan itu sebenarnya tidak seburuk yang disangka.

Hal ini kerana, di luar negara wujud lagi banyak subkultur-subkultur yang aneh, pelik dan ada kalanya menakutkan oleh sekumpulan manusia.

Berikut adalah lima subkultur yang wujud di seluruh dunia yang menarik untuk dikongsikan:

1. Bronies

‘Bronies’ merupakan satu kumpulan individu yang kebiasaanya dalam kalangan lelaki yang mengangkat tema persahabatan dan kesetiaan yang dipaparkan dalam siri animasi My Little Pony.

Ia mempunyai pengikut yang setia, seorang yang digelar Brony kebiasaannya berinteraksi dengan Brony yang lain dalam talian.

Kadangkala mereka akan mengadakan perhimpunan serta perjumpaan dalam kalangan Bronies.

Sewaktu berjumpa, ramai akan mengenakan pakaian menyerupai watak dalam My Little Pony yang diminati mereka.

Malah, majoriti mereka dikatakan tidak mempunyai pemikiran pelik dan berharap tidak disamakan dengan mereka yang mempunyai pemikiran kotor terhadap watak-watak dalam siri tersebut.

2. Furries

Furries adalah satu cabang subkultur yang aneh di mana seorang individu itu akan menggayakan diri mereka seperti binatang berbulu yang comel seperti arnab, musang, rakun, kucing dan sebagainya.

Haiwan yang berbulu itu pula seharusnya mampu berdiri seperti manusia.

Majoriti pengikut ini mengakui tiada apa-apa yang aneh pada hobi mereka. Namun, kajian mengatakan sebaliknya.

Rata-rata golongan ini diminati oleh golongan lelaki berumur pertengahan 20-an yang kebanyakannya bisexual, gay atau transgender.

Kumpulan ini juga acap kali mengadakan perjumpaan sesama mereka dan mengadakan konvesyen.

3. Norwegian Black Metal

Gerakan ini bermula hanya sebagai suka-suka pada awal era 90-an sebelum berubah menjadi satu gerakan besar yang menjadi ancaman kepada pihak gereja sendiri di Norway.

Norwegian Black Metal (NBM) mempunyai jumlah pengikut yang ramai, akibatnya kejadian jenayah dalam pengikut itu berleluasa kerana mereka percaya agama Kristian perlu dihapuskan dan era pemerintahan Tuhan-Tuhan orang Norse perlu dikembalikan.

Buat orang luar Norway yang ingin mengikuti kumpulan ini, mereka perlu ikuti terma khas yang digunakan dalam kelompok ini.

4. Cybergoth

Telah wujud sejak zaman 80-an lagi di Jerman. Golongan cybergoth ini mempunyai jumlah pengikut yang besar di seluruh dunia.

Seringkali dilihat gemar memakai pakaian berwarna hitam dengan perhiasan rambut yang direka khas mengikut tema mereka sendiri.

Mereka juga gemar memanjangkan rambut menggunakan penyambung agar nampak ganas serta memakai topeng gas.

Seorang cybergoth itu akan tampak berbeza dengan goth biasa kerana mereka menyelitkan warna lain dalam pemakaian mereka.

Pengikut ini juga mempunyai satu muzik yang mampu didengari oleh mereka iaitu muzik techno yang menyeramkan.

Sewaktu berkumpul, mereka akan menari bersama-sama tarian rasmi mereka dengan bait lirik yang sukar diterjemahkan.

5. Real Vampire

Kerana terlalu taksub dengan kisah-kisah seram yang melibatkan Dracula ataupun apa-apa sahaja makhluk penghisap darah. Sekolompok manusia ini memilih untuk mengubah gaya hidup mereka dengan menjadi vampire.

Pergerakan ini bergerak di Amerika Syarikat dan Britain.

Lebih menakutkan, mereka ini benar-benar percaya setiap individu vampire ini dilahirkan berbeza dengan manusia biasa jadi mereka memerlukan darah untuk terus hidup.

Menggunakan media sosial untuk mengadakan perjumpaan secara sulit. Mereka ini percaya individu yang korbankan darahnya untuk dihisap itu digelar sebagai seorang Black Swan.

Dengan menggunakan pisau yang sudah dibersihkan, mereka akan toreh mana-mana bahagian badan Black Swan untuk merasai darah itu.

Jelas sekali selepas membaca ini semua kita dapat lihat subkultur di Malaysia ini lebih rendah dan normal dari luar negara.

Sumber: