5 Sejarah Bermulanya Tabiat Solekan Wanita

Wanita dan solekan sememangnya tidak boleh dipisahkan apabila kini berhias dan berdandan sudah menjadi perkara biasa dan amalan setiap perempuan.

Berikut adalah empat sejarah berkaitan alat solekan yang mula dipopularkan:

1.Gincu dipopularkan

Sumber: Remaja

Amalan penggunaan gincu bibir sudah pun bermula semenjak era kerajaan Sumeria yang berlangsung sekitar 5,000SM/BC dipercayai diwarisi oleh tamadun Mesir Kuno yang telah mempelbagaikan lagi warna buat hiasan wajah.

Manakala dalam era moden pula, populariti penggunaan pewarna bibir ini telah terjejas pada abad ke 17 selepas kerajaan Britain dan kerajaan tempatan di New York, Amerika Syarikat cuba untuk memperkenalkan larangan dan penjualan alat solek tersebut kerana didakwa mampu menyebabkan keracunan.

Populariti penggunaan gincu bibir dikatakan hanya mula popular semula selepas gincu ini dijadikan sebahagian propaganda perang tentera Amerika Syarikar semasa perang dunia kedua.

2. Maskara

Sumber: Hot-Liputan

Tahukah anda penggunaan bahan menghitam dan melentikkan bulu mata turut menjadi amalan kaum lelaki khasnya dalam kalangan lelaki zaman Mesir Kuno sekitar 3500SM/BC?

Permulaan amalan penjagaan bulu mata yang lentik telah dimulakan oleh wanita Rom yang mana kemudiannya penggunaan maskara telah bermula selepas Eugene Rimmel, seorang ahli perniagaan kosmetik berjaya mencipta berus maskara yang mudah digunakan pada tahun 1860.

3. Pemakaian bedak asas muka

Sumber: ProductNation

Difahamkan bedak asas muka telah dipengaruhi amalan masyarakat Rom sekitar 200SM/BC yang mempercayai bahawa kulit yang pucat dan sekata merupakan simbol kejelitaan. Kepercayaan ini turut mempengaruhi kaum lelaki zaman itu yang mahukan wanita berkulit cerah pucat.

Tekanan itu telah mencetuskan idea kepada kaum wanita untuk mengenakan sejenis bahan bewarna putih yang diperbuat daripada kapur untuk disapu pada bahagian wajah bagi menghasilkan tona kulit pucat yang diinginkan.

4. Amalan mewarna kuku

Sumber: 1000comments

Amalan pewarna kuku dipercayai telah bermula dalam kalangan masyarakat India Kuno yang mengenakan inai atau henna sekitar tahun 3000SM/BC. Mewarna kuku ini kemudiannya telah berkembang dalam kalangan masyarakat China yang berjaya mencipta sejenis varnil hasil gabungan putih telur, gelatin dan getah pokok getah Akasia.

Malahan ketika tamadun Babylon, dikatakan bahawa angkatan perang telah menggunakan pewarna kuku ini bagi memudahkan pengenalan pangkat atau kedudukan dalam kalangan pahlawan mereka.

Ini hanyalah pendapat dan kajian yang dilakukan oleh penulis sahaja.

Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Sumber: