5 Perkara Paling Mahal Pernah Dijual

  1. Lukisan Salvator Mundi
Sumber: Mental Floss

Lukisan yang paling mahal yang pernah dijual merupakan karya Leonardo Da Vinci bertajuk Salvator Mundi. Lukisan tersebut menggambarkan Yesus Kristus memegang bola kristal. Pada tahun 2017, ia dijual pada harga $450 juta.

2. Arca L’homme au doigt

Sumber: Mental Floss

Arca paling mahal yang pernah dibeli merupakan arca bernama L’homee au doigt ataupun lebih dikenali sebagai “Man Pointing” yang dibentuk oleh Alberto Giacometti, seorang pengukir Switzerland. Arca ini pada asalnya direka untuk mengandungi seorang lagi lelaki yang memegang tangannya, namun pelan itu telah dibatalkan. Beberapa dekad kemudian, Steve Cohen mengeluarkan lebih $140 juta untuk memiliki arca tersebut.

3. Mesin Taip Cormac McCarthy

Sumber: Mental Floss

Beberapa mesin taip terdahulu mempunyai hurufnya terukir dengan tangan pada setiap kekunci.Pada tahun 2019, satu mesin dijual dengan harga lebih $140,000, tetapi itu bukan mesin taip termahal yang pernah dibeli. Sebaliknya, itu datang dari sebuah mesin taip berjenama Olivetti Lettera 32 yang berwarna biru muda. Ia dibeli pada harga $254,500 pada tahun 2009 kerana mesin taip itu pernah dimiliki oleh penulis Cormac McCarthy.

4. Buku Komik Aksi No. 1

Sumber: Mental Floss

Buku komik mahal yang pernah dijual ini adalah salinan asli terbitan pertama Action Comics yang terkenal. Ia menampilkan watak sulung kecil bernama Superman. Harga belian buku komik adalah $3.2 juta.

5. Setem Magenta 1 Sen

Sumber: Mental Floss

Dalam dakwat hitam, sebuah kapal layar bersama moto tulisan Latin “Damis Petimus Que Vicissim” dicetak keatas kertas magenta, itulah merupakan setem magenta 1 sen yang memecah dua rekod dunia untuk harga lelongan setem tunggal termahal. Kali pertama pada 17 Jun 2014 dengan harga $9,480,000 dan pada kali kedua ia dilelong semula pada 8 Jun 2021 dengan harga $8,307,000.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: