5 Negara Yang Tidak Menyambut Hari Kemerdekaan

Di seluruh dunia, terdapat 102 buah negara yang menyambut Hari Kemerdekaan yang menandakan pembebasan mereka daripada kuasa penjajah. 48 buah negara menyambut kemerdekaan daripada Britain, 22 daripada Perancis, 19 daripada Sepanyol, 8 daripada Potugal dan Kesatuan Soviet sementara 5 daripada Empayar Uthamniyah.

Selain daripada itu terdapat juga beberapa buah negara yang merdeka bukan daripada penjajahan kuasa besar tetapi di atas sebab yang unik. Antaranya seperti Singapura yang meraikan kemerdekaan daripada Malaysia, Namibia daripada Afrika Selatan, Bangladesh daripada Pakistan dan Korea Selatan daripada Jepun.

Tapi bagaimana pula dengan negara yang tidak pernah dijajah? Kerana tidak dijajah adakah mereka mempunyai sambutan lain daripada Hari Kemerdekaan? Menjawab persoalan itu, hari ini penulis ingin berkongsi tentang lima negara yang tidak menyambut Hari Kemerdekaan dan perayaan mereka:

1. Thailand

Berbeza dengan kita Malaysia, jiran kita Thailand tidak pernah menyambut Hari Kemerdekaan kerana mereka tidak pernah bertarung untuk mendapatkan kebebasan daripada sebarang pemerintahan penjajah. Namun pada 2014, Thailand mula menyambut Hari Kebangsaan Thailand pada setiap 5 Disember. Tarikh itu dipilih sempena hari lahir Raja Bhumibol yang baru sahaja melepaskan takhta pada tahun 2016.

2. Jepun

Seperti Thailand, Jepun juga tidak menyambut Hari Kemerdekaan namun mempunyai Hari Kebangsaan yang disambut pada setiap 11 Februari. Tarikh ini diambil sempena penubuhan Jepun berdasarkan hikayat Maharaja Jimmu.

Ilustrasi yang menunjukkan Maharaja Jimmu

Maharaja Jimmu dikatakan merupakan pengasas asal masyarakat Jepun sekitar tahun 660SM/BC. Namun begitu, tiada sebarang bukti yang kukuh yang menunjukkan legenda sejarah mereka ini benar.

3. Portugal

Portugal agak pelik sedikit jika dibandingkan dengan Thailand dan Jepun. Berbeza dengan mereka yang mengambil tarikh lahir raja atau tarikh penubuhan, Portugal mengambil tarikh kematian seorang sasterawan terkenal mereka untuk dijadikan tarikh Hari Kebangsaan iaitu pada 10 Jun 1580.

Sasterawan tersebut, Luis de Camoes merupakan antara tokoh dalam sejarah yang berpengaruh besar dalam membentuk identiti baru masyarakat Portugal melalui penulisannya. Berikutan sumbangannya, beliau diangkat sebagai simbol masyarakat Portugal.

Luis De Camoes, sasterawan terkenal Portugal.

Namun oleh kerana tiada sesiapun yang mengetahui tarikh lahir beliau, mereka memutuskan untuk mengambil tarikh kematiannya sebagai tarikh untuk Hari Portugal.

4. Denmark

Denmark tidak meraikan sebarang bentuk hari kebangsaan atau kemerdekaan secara rasmi. Namun mereka menyambut Hari Perlembagaan Negara pada setiap 5 Jun.

Tarikh tersebut dipilih berikutan perlembagaan negara Denmark yang berjaya dibentuk dua kali pada tarikh yang sama. Sekali pada tahun 1849 dan sekali lagi pada pindaannya di tahun 1953.

5. Britain (United Kingdom)

Britain atau khususnya United Kingdom adalah sama seperti Denmark, di mana negara mereka tidak mempunyai sebarang perayaan yang menyambut Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan.

Disebabkan penubuhan United Kingdom yang disertai beberapa buah negara berbeza, setiap satu negara di dalam gabungan tersebut tiada Hari Kebangsaan mereka sendiri.

Namun sebaliknya mereka menyambut beberapa sambutan berbeza. England merayakan Hari Santo George, Wales menyambut Hari Santo David, Scotland meraikan hari Santo Andrew dan Ireland Utara memperingati Hari Santo Patrick.

Disebabkan oleh perbezaan pendapat diantara negara-negara itu, usaha untuk mencipta Hari Kebangsaaan Britain sampai sekarang masih lagi belum tercapai, walaupun sudah banyak tarikh yang diusulkan bagi menyatukan sambutan kebangsaan mereka.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: