5 Negara Terkaya Di Dunia Tahun 2020, 2 Daripadanya Adalah Jiran Malaysia

Baru-baru ini, Global Finance telah mengeluarkan senarai 10 negara terkaya di dunia. Negara-negara yang disenaraikan ini adalah negara yang mempunyai penduduk yang sedikit serta wilayah jajahan yang kecil.

Antara faktor mengapa negara kecil mempunyai hasil kekayaan yang tinggi adalah disebabkan kebolehan mereka untuk menarik pelabur asing sambil dibantu oleh sektor kewangan dan sistem cukai yang baik.

Berikut adalah 5 negara terkaya di dunia tahun 2020.

1. Qatar

Di tempat pertama adalah Qatar dengan KDNK (PPP) yang mencapai USD$ 132, 886. Sumber kekayaan negara ini datang dari pelbagai sektor antaranya adalah minyak, gas dan petrokimia.

Seni bina moden, pusat membeli-belah dan sajian kuliner yang mewah juga adalah antara faktor yang berjaya menarik minat pelabur dan pelancong asing untuk mengunjungi negara ini.

2. Macau

Negara yang berada di bawah pentadbiran khas Republik Rakyat China ini telah berjaya menghasilkan kekayaan yang luar biasa. Dengan populasi penduduk lebih dari 600,000, Macau mempunyai lebih dari 40 kasino di wilayah yang mempunyai keluasan kira-kira 30 kilometer persegi.

3. Luxembourg

Negara kecil di Eropah ini terkenal dengan seni bina istana, pemandangan luar bandar dan festival budaya dan gastronomi.

Walau bagaimanapun, negara yang mempunyai 600,000 penduduk ini menggunakan kekayaannya untuk perumahan, insurans kesihatan dan program pendidikan yang lebih baik.

4. Singapura

Bagi pelabur asing, Singapura adalah syurga bagi sebahagian syarikat bertaraf dunia. Malah, sebahagian orang kaya lebih suka untuk menetap di sini berbanding negara lain.

Zhang Yong yang merupakan salah seorang individu terkaya di dunia dengan nilai kekayaan dianggarkan sebanyak USD$ 16 bilion telah memilih untuk tinggal di Singapura. Selain itu, salah seorang pengasas Facebook, Eduardo Saverin yang memiliki nilai kekayaan dianggarkan sebanyak USD$ 14 bilion juga memilih untuk tinggal di negara kecil ini.

5. Brunei

Negara kecil yang dipimpin oleh Sultan Hassanal Bolkiah ini mempunyai kekayaan luar biasa sekitar USD$ 28 bilion. Kekayaan Brunei ini datang dari sumber minyak dan gas asli. Ini secara tidak langsung telah menjadikan Sultan Hassanal Bolkiah sebagai raja yang terkaya di dunia. Beliau memiliki sebuah istana dengan 1,788 bilik, 257 bilik mandi, dewan jamuan yang mampu memuatkan lebih 5,000 tetamu, sebuah masjid untuk 1,500 jemaah, 200 ekor kuda polo, kolam renang dan 18 buah lif.

Jadi adakah anda pernah pergi ke salah satu negara ini? Kongsikan pendapat atau pengalaman anda di ruangan komen di bawah.

Sumber: