5 Fakta ‘Pelik’ Budaya Korea Yang Anda Perlu Tahu

Budaya Korea Selatan tidak dinafikan kini menjadi sangat terkenal di seluruh dunia disebabkan oleh industri hiburan mereka yang semakin mendapat tempat dalam hati semua. K-pop, K-Drama, K-Food dan pelbagai lagi membuatkan orang ramai terutamanya golongan wanita meminati dan ingin mempelajari budaya ini dengan lebih mendalam lagi.

Ini 5 fakta yang kedengaran agak pelik namun sebenarnya terjadi di Korea Selatan:

1. Lelaki dan alat solek

Sumber: kpopmap

Lelaki dan mekap berpisah tiada. Hal ini kerana, kaum lelaki di Korea Selatan sangat suka bersolek. Dianggarkan sejumlah RM3.78 bilion dibelanjakan oleh mereka untuk membeli alat solekan. Hampir 20 peratus daripada mereka menggunakan alat solekan dengan kerap terutamanya artis yang digelar ‘idol’.

2. Obses untuk kurus

Sumber: cdn.star

Jika anda perasan, kebanyakkan saiz badan rakyat negara ini kurus dan ramping belaka. Ini kerana hanya 3.2 peratus sahaja daripada populasi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan iaitu sebanyak 1.64 juta daripada 51 juta. Peratusan itu membuatkan Korea Selatan sebagai negara yang terendah mempunyai masalah obes dalam kalangan rakyatnya bersama-sama Jepun.

3. Pembedahan plastik

Sumber: Google

Pasaran pembedahan plastik di Korea dikatakan mencapai pasaran per kapita yang paling terbesar di dunia. Anggaran mendapati 20 hingga 33 peratus wanita di Seoul menjalani sekurang-kurangnya satu pembedahan terhadap anggota tubuh mereka.

Pembedahan plastik yang paling terkenal di Korea Selatan adalah pembedahan kelopak mata. Hal ini kerana, rata-rata rakyat Korea tidak mempunyai kelopak mata dan menginginkannya. Malahan bagi kebanyakan keluarga berada, pembedahan ini dijadikan sebagai hadiah hari jadi kepada seseorang.

4. Berusia 1 tahun selepas dilahirkan

Sumber: dynaimage

Tahukah anda bahawa sejurus bayi dilahirkan, mereka akan dikira berusia 1 tahun. Sebagai contoh, jika anda lahir pada tahun 1990, umur anda pada tahun 2020 adalah 29 tahun bukannya 30 tahun. Namun ini semua tidak membawa apa-apa maksud kerana kebiasaannya mereka akan bertanyakan tahun kelahiran berbanding umur anda.

5. Jenis Perkahwinan

Sumber: thestar

Di Korea Selatan, terdapat dua jenis perkahwinan iaitu ‘yonae’ yang membawa maksud perkahwinan atas dasar cinta manakala ‘chungmae’ membawa makna perkahwinan yang diatur oleh keluarga, rakan mahupun agensi jodoh. Sesetengah rakyat Korea Selatan yang tidak berkahwin akan digelar ‘big baby’ dalam loghat mereka.

Pada pendapat anda, adakah setiap negara mempunyai budaya ‘pelik’ mereka tersendiri?

Sumber: