5 Fakta Menarik Vincent Van Gogh Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Vincent van Gogh adalah seorang pelukis yang berasal daripada Belanda dan terkenal dengan karyanya yang penuh dengan kecantikan, emosi dan warna yang amat mempengaruhi pada abad ke-20. Salah satu lukisannya yang terkenal di mata dunia pada masa kini adalah The Starry Night. Namun adakah anda tahu meskipun kemasyhuran yang diperoleh sekarang tidak sama dengan apa yang ditempuhinya dahulu?

Berikut kami kongsikan lima fakta menarik mengenai Vincent van Gogh yang mungkin anda tidak tahu:

1.Vincent van Gogh mula melukis ketika umurnya mencecah 27 tahun.

Sumber: littlesprettythings

Sebelum memulakan kerjayanya sebagai penggiat seni, van Gogh telah menceburi pelbagai bidang seperti guru sekolah, pedagang seni dan pendeta, namun kesemuanya tidak begitu membuahkan hasil lumayan. Beliau kemudiannya telah menulis sepucuk surat kepada abangnya pada tahun 1880 untuk memberitahu pertukaran kariernya.

2. Beliau menghasilkan karya seni yang hampir mencecah angka 900.

Sumber: Evening standard

Bermula dari November 1881 sehingga Julai 1890 hampir 900 karya seni telah berjaya disiapkan oleh beliau kurang daripada 10 tahun. Kebanyakkan seninya adalah berpaksikan kepada bunga, lakaran landskap dan dirinya sendiri kerana kekangan wang menyukarkan beliau untuk mengupah subjek untuk lukisannya.

3. Hanya satu karya seninya yang terjual.

Sumber: Pinterest

Vincent van Gogh bukanlah pelukis ternama ketika masih hidup kerana hanya berjaya menjual satu sahaja lukisannya iaitu The Red Vineyard di Belgium, tujuh bulan sebelum beliau meninggal dunia. Namun begitu, sejurus kematiannya, kemasyhuran telah mula menempa pada namanya.

4. The Starry Night dicipta di hospital gila.

Sumber: Tons of Fact

Karya yang paling terkenal ini telah dilukis oleh beliau di Hospital Saint-Remy-de-Provence, Perancis yang mana beliau secara sukarela telah mendaftar di hospital itu pada tahun 1888, sebagai proses pemulihan mental selepas berlaku insiden telinganya dipotong. Lukisannya itu dikatakan adalah gambaran pemandangan dari biliknya pada waktu malam.

5. Vincent van Gogh pada asalnya ingin mengikuti jejak langkah bapanya sebagai pendeta.

Sumber: bloomberg

Ketika beliau berusia 25 tahun, beliau telah menawarkan dirinya sebagai pendeta kepada sebuah perkampungan miskin di barat daya Belgium dan berhenti pada umur 27 tahun. Jika beliau ditakdirkan untuk hidup sebagai pendeta sehingga ke hujung hayatnya, kita tidak akan pernah melihat keindahan ciptaan The Starry NIght!

Penulis

  • Muhammad Na’iman bin Muhamad Afandi adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Prof. Madya Dr. Mohd Syuhaidi Bin Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri (FiTA)UiTM.

Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah: