Hari ini merupakan Hari Wanita Sedunia yang disambut di seluruh dunia. Namun, pasti anda tertanya-tanya apa yang istimewanya tentang hari tersebut.
Sebenarnya, Hari Wanita Sedunia diadakan bagi menyambut perjuangan para wanita alami bagi melayakkan wanita sertai bidang politik dan juga bidang kerja.
Dari mendapatkan hak mengundi hinggalah ke kesamarataan dalam gaji pekerjaan, itulah yang pernah diperjuangkan untuk golongan wanita.
Berikut kami kongsikan 5 fakta menarik tentang Hari Wanita Sedunia:
1. Bagaimana ia dicipta?

Percaya atau tidak? Amerika Syarikat pernah mempunyai parti sosialis yang berkuasa dan mewujudkan Hari Wanita Sedunia pada 1909.
Tujuan mewujudkan hari peristiwa itu adalah bagi memperingati mogok pekerja kilang wanita pada tahun sebelumnya.
Dari situ, Pemimpin Komunis Jerman Clara Zetkin memperjuangkan idea yang sama di Eropah menerusi Persidangan Antarabangsa Wanita Sosialis pada tahun 1910.
Pada 19 Mac tahun tersebut, masyarakat pada masa itu berarak untuk memperjuangkan hak wanita di Austria, Denmark, Jerman dan Switzerland dalam satu perhimpunan Hari Wanita.
Sambutan pertama pada 8 Mac mengambil tempat di Berlin pada 1914 di mana para wanita menuntut hak untuk mengundi.
2. Ia adalah sambutan komunis?

Tarikh yang ditetapkan oleh pemimpin Rusia Lenin bagi meraikan para wanita itu adalah pada 8 Mac di mana ia juga menandakan bermulanya peristiwa tunjuk perasaaan para pekerja Rusia pada 1917 yang akhirnya gulingkan Tsar.
Selepas Perang Dunia kedua, hari tersebut disambut oleh kedua-dua golongan wanita dan juga komunis.
Namun di luar Kesatuan Soviet, ia lebih kepada mendorong pangaruh wanita di negara yang pada asalnya didominasi oleh lelaki.
3. Dirasmikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Pada 1977, PBB dan organisasi antarabangsa secara rasminya mengisytiharkan 8 Mac sebagai Hari Wanita Sedunia.
4. Cuti am di beberapa negara

Masyarakat di kebanyakan negara termasuk Malaysia mungkin menganggap Hari Wanita Sedunia seperti hari biasa di mana perlunya hadir ke tempat kerja dan sekolah seperti hari lain.
Namun bukan di negara seperti Rusia, Uganda, Mongolia, Georgia, Laos, Kemboja, Armenia, Belarus dan Ukraine di mana ia dijadikan sebagai cuti am pada setiap 8 Mac.
5. Para ibu juga diraikan

Di Serbia, Albania, Macedonia dan Uzbekistan, Hari Wanita Sedunia juga dianggap sebagai Hari Ibu.
Masyarakat di Albania menghadiahkan para ibu bunga mimosa manakala di Serbia pula, anak-anak perlu memberi ucapan bagi meraikan ibu mereka.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan perjuangan wanita, anda boleh klik pada pautan di bawah: