5 Fakta Menarik Tentang Formula 1

Fakta Formula 1 yang hebat dan ini semestinya dapat mengejutkan semua orang…kecuali mungkin bagi peminat-peminat tegarnya.

1. Satu Pasukan Formula 1 Boleh Ada Sehingga 600 Ahli Dalamnya

Dari apa yang dianggapkan tentang sukan tersebut, mungkin ada yang rasai bahawa pasukan-pasukan Formula 1 bersaiz kecil yang terdiri daripada ahli pit, ketua, dan pemandu.

Namun realitinya adalah amat berbeza kerana apa yang kita biasa melihat adalah mereka yang bekerja di hadapan ‘tabir’.

Kebanyakan ahli pasukan bekerja di belakang tabir untuk memastikan perlumbaan yang berjaya. Sebagai contoh, jurutera mesti berusaha untuk meningkatkan prestasi setiap komponen kenderaan secara berterusan. Selain itu, orang PR, pengurus dan pemandu simpanan juga turut ada untuk melengkapkan sebuah pasukan.

Sumber: f1i.com

2. Kereta Formula 1 Boleh Mempunyai 25+ Butang Pada Sterengnya

Jika anda rasa stereng moden yang sedia ada dia kereta anda adalah cukup rumit, pemandu Formula 1 mengalaminya dengan lebih teruk!

Roda stereng mereka boleh mempunyai lebih daripada 25 butang padanya. Setiap butang dan suis mengawal setiap aspek kereta yang berbeza. Butang-butang tersebut membantu pemandu mengawal keretanya dengan sangat teliti.

Menghuraikannya lagi, terdapat beberapa butang sahaja yang mengubah cara brek berfungsi, ada pula yang membolehkan pertukaran dan pengalihan imbangan kereta dalam hanya sepersekian saat.

Perubahan ini boleh membolehkan kereta dipandu dalam prestasi berbeza-beza tidak kira jangka masa pertukaran itu kurang dari sesaat.

Kawalan hebat yang tidak boleh dibawa bincang!

Sumber: Autoevolution

3. Krew Boleh Menukar Tayar Dan Mengisi Minyak Dalam 3 Saat

Bayangkan berapa lama masa anda perlukan untuk menukar semua tayar pada kereta anda dan mengisi minyak- mungkin 2 jam?

Menurut Motorsports.com, purata krew F1 mengambil masa kira-kira 3.0 saat untuk menukar tayar. Masa ini penting kerana pembina juga diukur pada akhir musim.

Bagi pemandu, ia bermakna dia akan lebih fokus pada masa untuk menamatkan perlumbaan. Rekod penukaran tayar terpantas dipecahkan pada 2019 apabila krew Red Bull berjaya menukar tayar dalam tempoh 1.82 saat dan menewaskan krew pit Massa yang pada tahun 2016 mengambil masa 1.92 saat.

Walaupun mata melihat, tidak dijamin kita akan percaya mereka kerana segalanya berlaku dengan amat pantas!

4. Jangka Hayat Enjin F1 Kurang Daripada 7 Perlumbaan

Enjin kereta lumba Formula 1 bukanlah seperti yang biasa ditemui dalam kereta-kereta di jalan raya. Memang tak kena kalau macam tu!

Menurut F1Technical, enjin Formula 1 biasa tidak boleh bertahan lebih daripada tujuh perlumbaan walaupun para peserta memperuntukkan bajet yang amat besar hanya untuk pembangunan enjin sahaja. Mengapakah?

Toleransi dan keupayaan enjin F1 berada pada tahap yang lain. Mereka direka bentuk untuk mendapatkan keputusan yang terbaik walaupun ia bermakna enjin tersebut hanya berfungsi untuk beberapa jam sahaja.

Tahap ketepatan tinggi yang digunakan untuk membina enjin bermakna ia lebih terdedah kepada kerosakan daripada akibat haus dan lusuh.

Sumber: Silodrome

5. Purata Pemandu Akan Turun Berat Badan Sebanyak 3kg Dalam Satu Perlumbaan

Fakta ini boleh dilihat sebagai cara terbaik untuk menurunkan berat badan bagi seseorang yang menggemari kereta. Namun, realiti malangnya ialah tidak semua orang boleh memandu kereta perlumbaan Formula 1, walaupun anda mampu untuk membawanya. Sebab utama pemandu Formula 1 kehilangan sehingga 10 paun adalah suhu yang amat terik di dalam kokpit.

Suhu boleh mencecah sehingga 43 darjah celsius dalam kokpit. Seorang pemandu Formula 1 perlu memakai dua set pakaian yang berbeza. Yang pertama ialah sut kalis api, sekiranya kereta lumba itu terbakar, manakala satu lagi ialah sut lumba biasa. Kesan fizikal G-Force juga mempengaruhi penurunan berat badan.

Max Verstappen dilihat melatih untuk perlumbaan Formula 1. (Sumber: @maxverstappen)

Malaysia menjadi tuan rumah perlumbaan F1 terakhirnya pada 2017, tetapi di sebalik itu terdapat ramai rakyat Malaysia yang masih merupakan peminat setia. Baru-baru ini terdapat khabar angin bahawa Malaysia mungkin menjadi tuan rumah sekali lagi, tetapi memerlukan banyak persediaan sebelum itu.

Sama ada anda peminat sukan ini atau tidak, semoga senarai fakta ini dapat menghiburkan anda!

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: