Siapa yang tidak suka bercuti bukan? Tetapi yang tak seronoknya, apabila ada kes-kes yang tidak diingini berlaku semasa percutian tersebut.
Mari kami kongsikan 5 destinasi pelancongan yang berbahaya dan perlu dielakkan sekiranya anda ingin melancong ke luar negara.
1. San Pedro Sula, Honduras

San Pedro Sula yang juga digelar sebagai bandar paling ganas di dunia mempunyai kadar pembunuhan sebanyak 173 daripada 100 ribu penduduk. Ini telah menjadikan bandar ini sebagai bandar yang mempunyai statistik kes bunuh tertinggi di dunia yang tidak melibatkan peperangan.
Honduras mempunyai jumlah penduduk sebanyak 8 juta orang dan kes bunuh berlaku pada setiap hari dengan purata sebanyak 20 kes.
Walau bagaimanapun, apabila difokuskan di bandar San Pedro Sula, ia menjadi lebih ekstrim. Pengedaran dadah, pergaduhan kongsi gelap, perebutan tanah, dan rusuhan politik kerap berlaku.
Salah seorang penduduk di kawasan tersebut menyatakan bahawa setiap hari, manusia akan dibunuh ibarat manusia menembak ayam.
2. Cape Town, Amerika Syarikat
Cape Town merupakan kota kedua yang terdapat di Afrika Selatan. Selain daripada serangan jerung, kegiatan jenayah juga merupakan antara masalah terbesar di sini.
Di satu sudut, keadaannya selamat manakala di satu sudut lain, ia menjadi menjadi tempat penagihan dadah, mencuri dan sebagainya.
Di satu bahagian kota ini yang dinamakan City Bowl, anda dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada pengemis kanak-kanak yang akan datang dekat dengan anda dan akan menceritakan pelbagai kisah sedih. Mereka ini bergerak dalam kumpulan dan kesemuanya mensasarkan hanya satu barangan berharaga anda.
Untuk rekod, kadar jenayah di Cape Town ini meningkat saban tahun dan ini disebabkan oleh faktor kemiskinan yang tinggi.
3. Karachi, Pakistan

Bandar Karachi merupakan bandar ketujuh paling besar di dunia dan ia menempatkan hampir 15 juta orang penduduk.
Dengan ancaman jenayah yang berleluasa, golongan pencuri yang bekerja secara dalam kumpulan sangat kerap dijumpai berkeliaran untuk mencari mangsa.
Sekiranya anda merancang ingin ke sini, anda dinasihatkan untuk tidak keluar pada waktu malam di beberapa kawasan yang terkenal sebagai ‘sarang’ jenayah seperti di kawasan Nazimabad dan Gulshan.
4. Caracas, Venezuela

Pada suatu ketika dahulu ketika bandar ini mengalami ketidakstabilan kerajaan akibat penurunan harga minyak, Caracas seolah-olah telah hilang sistem kehidupan yang sebelum ini bertindak mengawal penduduknya.
Bandar ini mengalami kekurangan bekalan makanan, air, ubat, elektrik, dan juga barangan lain sehingga menyebabkan kejadian ganas dan rompakan sering kali berlaku.
Caracas adalah antara salah satu destinasi yang perlu anda elakkan pada ketika ini kerana kes jenayahnya yang berleluasa antaranya adalah pembunuhan, penculikan, pengedaran dadah serta ancaman wabak penyakit.
5. Detroit, Michigan

Untuk rekod, Michigan merupakan antara bandar yang mempunyai kadar kemiskinan paling tinggi di Amerika Syarikat.
Malah menurut kajian, Detroit adalah bandar yang mempunyai jumlah penduduk yang mempunyai masalah stres dan juga mempunyai kadar penceraian yang paling tinggi.
Itu adalah antara 5 destinasi pelancongan yang paling bahaya di dunia.
Jadi, adakah anda ingin ataupun pernah ke destinasi yang dinyatakan? Kongsikan pendapat atau pengalaman anda di ruangan komen di bawah.