Coklat adalah sebuah makanan yang diolah daripada biji koko. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa coklat merupakan makanan, minuman dan snek yang digemari oleh hampir semua orang.
Ia boleh dimakan pada bila-bila masa atau boleh juga diberikan sebagai hadiah untuk meraikan sesuatu perkara atau peristiwa.
Kebiasaannya, coklat yang dijual di pasaran dicampur dengan pelbagai bahan lain seperti susu dan kacang untuk memberikan rasa yang unik dan lebih sedap.
Bagi sesetengah orang, harga coklat yang dijual di pasaran sudah cukup sedap dan dijual pada harga yang mampu milik.
Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa jenama coklat premium yang dijual pada harga yang jauh lebih mahal. Mari kami kongsikan kepada anda 5 coklat paling mahal di dunia yang pernah dijual.
1. Le Chocolate Box

Harga untuk set coklat ini adalah bernilai $1.5 juta (RM6,288,750). Coklat yang diperbuat daripada coklat premium keluaran syarikat Lake Forest Confections ini, dihasilkan oleh syarikat Simon Jeweler.
Set coklat ini turut didatangkan dengan rantai, anting-anting, cincin dan gelang yang dihasilkan oleh syarikat Simon Jewelers sendiri.
Set coklat ini dihasilkan sebagai simbolik bahawa coklat dan barangan kemas merupakan antara dua barang yang paling dihargai oleh setiap wanita. Nilai set coklat ini adalah mahal kerana harganya datang daripada nilai barangan kemas yang didatangkan bersamanya.
2. Frozen Haute

Frozen Haute yang bernilai $25,000 (RM1,04312.50) adalah sejenis coklat pemanis mulut yang dijual di restoran. Hidangan ini dihasilkan dengan 28 biji koko terbaik yang dipilih daripada seluruh dunia dan hanya boleh didapati daripada kafe Serendipity 3 yang terletak di New York.
Hidangan ini dihidangkan dengan hiasan gelang emas dan berlian yang diletakkan di sekeliling cawan. Bukan hanya itu, sudu yang turut didatangkan dengan hidangan ini diperbuat daripada emas dan coklatnya yang juga berwarna emas.
Coklat ini mendapat pengiktirafan sebagai hidangan pemanis mulut termahal di dunia dan sekiranya anda ingin membelinya, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu kerana ia mengambil masa yang lambat untuk disiapkan.
3. Golden Speckled Egg

William Curley merupakan pakar yang menghasilkan coklat ini. Ia berjaya dijual dalam sebuah lelongan dengan harga $11,107 (RM4,6343.96). Coklat ini berbentuk seperti telur dan lapisan luarnya disaluti oleh coklat premium dari Amadei Tuscany, sebuah jenama coklat dari Itali.
Dalam coklat ini, terdapat juga pelbagai perisa lain yang unik antaranya Muscovado Caramel, Rosemary dan lain-lain. Coklat ini dikatakan antara coklat yang paling mahal dijual tanpa barang kemas.
4. Coklat Swarovski

Swarovski merupakan satu jenama premium yang menghasilkan barangan kemas terutamanya yang dihasilkan daripada kristal. Coklat yang berharga $10,000 (RM4,1725) ini, merupakan kerjasama antara jenama Swarovski, Patchi dan Harrods.
Coklat ini sesuai dijadikan hadiah kerana dalam satu kotak ini terdapat 49 ketul jenama coklat yang berjenama Patchi yang dibalut khas daripada kain sutera.
Setiap coklat ini kemudiannya akan dihiasi dengan hiasan bunga yang diperbuat daripada kristal Swarovski.
Untuk pengetahuan, coklat ini pernah mendapat anugerah Coklat Terbaik daripada Academy of Chocolate kerana rekaan dan rasanya yang eksklusif.
5. Knipschildt Chocolatier

Coklat ini merupakan hasil air tangan seorang pakar coklat iaitu Fritz Knipschildt. Coklat yang dihasilkan ini menggunakan bahan-bahan premium yang terbaik di pasaran.
Keunikan coklat ini adalah kerana ia dihasilkan dengan menggunakan tangan Fritz sendiri.
Di Norwalk, Amerika Syarikat, terdapat sebuah kedai iaitu Cafe Chocopologie di mana anda boleh melihat sendiri proses menghasilkan coklat dan turut merasai kenikmatan coklat ini.
Seketul coklat ini diperbuat daripada Truffle yang diimport dari Perancis dengan menggunakan 70% serbuk koko premium yang dijual pada harga $250 setiap satu atau $2500 (RM1,0431.25) bagi setiap gram.
Jadi, yang mana satu menjadi pilihan hati? Kongsikan pendapat atau pengalaman anda di ruangan komen di bawah.