5 Aktiviti Yang Boleh Meningkatkan Perkembangan Holistik Kanak-Kanak

Perkembangan holistik merujuk kepada fizikal, emosi, kognitif, bahasa dan perkembangan sosial. Kemahiran ini penting bagi meneruskan kehidupan yang seimbang.

  1. Perkembangan Fizikal

Perkembangan fizikal ini penting untuk kanak-kanak kecil bergerak dan berinteraksi dengan sekeliling mereka dengan pelbagai aktiviti fizikal.

Ini adalah sebahagian perkara penting dalam tumbesaran kanak-kanak untuk mengendalikan tubuh badan mereka sendiri bagi bergerak dan bermain. Aktiviti yang boleh dilakukan bersama mereka adalah berjalan, berlari, melompat dan sebagainya.

2. Perkembangan Emosi

Perkembangan emosi ini bagi memastikan kanak-kanak memahami apa yang mereka rasai dalam setiap situasi berbeza yang mereka lalui. Hal ini akan membuatkan mereka lebih peka untuk berinteraksi dengan orang sekeliling mereka.

Selain itu, dapat mengenali perasaan mereka sendiri dengan lebih baik. Aktiviti untuk membina emosi mereka seperti berpura-pura bermain dengan mereka dan membuat muka seperti reaksi emoji.

3. Perkembangan Kognitif

Kemahiran kognitif kanak-kanak merujuk kepada kemahiran yang mereka bina ketika memerhatikan orang yang berada di sekeliling mereka. Ini boleh jadi melalui cara kanak-kanak itu belajar, mendapat pengetahuan dan berinteraksi.

Ibu bapa dan guru haruslah memainkan peranan dengan mengalakkan perkembangan kognitif dengan melakukan aktiviti yang senang seperti bermain puzzle, mengenal pasti bunyi, berlatih mengira dan sebagainya.

4. Perkembangan Bahasa

Perkembangan bahasa ini boleh dimulai dengan bunyi kemudian huruf seterusnya ayat. Kemahiran bahasa ini boleh ditingkatkan melalui banyakkan bercakap dengan kanak-kanak tersebut dan mendengar bagaimana cara mereka cuba berkomunikasi.

Anda boleh cuba aktiviti bercerita, berirama, bersajak dan lain-lain.

5. Perkembangan Sosial

Pada usia tiga hingga empat tahun, kanak-kanak berinteraksi dengan rakan sebaya mereka dan membina daya keyakinan diri mereka.

Mereka mengenali diri mereka dan mula bersosial dan ia dipanggil perkembangan sosial. Antara aktiviti yang boleh membina kemahiran sosial bagi kanak-kanak adalah melukis, mewarna, menyanyi dan sebagainya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: