4 Wabak Penyakit Berjangkit Yang Sedang Berlaku Sekarang

Penularan wabak penyakit semestinya menakutkan semua orang lebih-lebih lagi jika ia muncul secara tiba-tiba. Malah turut membimbangkan apabila tiada vaksin dapat mencegahnya ekoran dikategorikan sebagai satu penemuan baharu.

Seperti negara lain, Malaysia juga antara negara terkena dengan beberapa wabak atau serangan virus yang bukan sahaja membimbangkan masyarakat, malah sehingga kini masih ada yang berpotensi menjadi mangsa jangkitan.

Berikut senarai lima penyakit berjangkit yang sedang berlaku sekarang tidak kira di Malaysia mahupun negara luar.

1. COVID-19

COVID-19 yang melanda dunia sejak Disember 2019 telah menyebabkan kematian seramai 6.38 juta orang di seluruh dunia.

Dalam perkembangan melibatkan virus ini, rekod kes positif COVID-19 di Malaysia sudah berkurang, berbeza daripada beberapa tahun lepas di mana ketika itu pelaksanaan program vaksinasi masih sedang dijalankan.

Namun begitu, orang awam haruslah berwaspada dengan keadaan sekeliling serta kesihatan masing-masing apabila keluar rumah.

2. Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)

Sumber: KPK KESIHATAN

HFMD pula menyerang manusia tidak mengira peringkat usia. Penularan virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. 

Walaupun ramai di antara pesakit dalam golongan bayi dan kanak-kanak tetapi komplikasi boleh berlaku kepada individu yang mempunyai imun badan lemah tidak kira usia.

Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri.

Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.

3. Influenza (ILI)

Sumber: MyHealth

Bagi penyakit influenza pula, ia adalah sejenis jangkitan saluran pernafasan disebabkan oleh virus influenza.

Virus ini turut senang merebak dari satu individu ke individu yang lain. Setakat ini terdapat beberapa kes yang mengakibatkan angka kematian dalam kalangan bayi dan warga emas.

Orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi secara khususnya juga digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim di fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.

4. Cacar monyet

Sumber: iamlejen

Dalam pada itu, penyakit cacar monyet yang pertama kali dikesan pada 1970 dan kemudian amaran penemuan gejala ini mula meningkat di beberapa buah negara baru-baru ini.

Pesakit akan mengalami simptom demam, sakit otot, nodus limfa membengkak, menggigil, keletihan, ruam pada tangan dan muka.

Sehingga kini, tiada sebarang kes cacar monyet yang dilaporkan di Malaysia.

Walaupun begitu, ketika ini masyarakat masih lagi runsing memikirkan ancaman pelbagai penyakit berjangkit yang boleh membahayakan ahli keluarga dan diri sendiri.

Diharap orang ramai sentiasa berhati-hati dan bersabar dalam menempuhi keadaan sekarang yang penuh dengan pelbagai gejala penyakit yang melanda.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: