4 Tradisi Unik Ini Diamalkan Masyarakat Luar Untuk Nampak Cantik

Kecantikan itu subjektif. Atas sebab itu, ia bukan satu perkara yang luar biasa sekiranya ramai wanita di luar sana sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk kelihatan cantik.

Kami akan kongsikan empat tradisi yang diamalkan oleh masyarakat di seluruh dunia untuk kelihatan cantik menerusi artikel ini:

1. Suku Miao di China buat tanduk daripada rambut nenek moyang

Sumber: Kumparan

Wanita daripada suku Miao akan buat tanduk menggunakan rambut nenek moyang mereka. Untuk anda yang pelik bagaimana mereka boleh peroleh rambut tersebut, ia sebenarnya mudah sahaja.

Mereka akan kumpul rambut lama nenek yang masih hidup dan perkara ini berterusan ke generasi seterusnya. Namun, apa yang lebih menarik ialah ukuran rambut tanduk yang ada di kepala mereka sebenarnya memiliki ukuran yang sangat besar.

2. Gemuk itu cantik bagi masyarakat Mauritania

Sekiranya ramai wanita mahukan badan yang ideal dan ramping, ia berbeza untuk masyarakat Mauritania. Wanita di sana berlumba-lumba untuk menjadi gemuk.

Selain merupakan salah satu syarat untuk cepat dapat suami, badan yang berisi ini juga boleh menjadi lambang kemakmuran. Atas sebab itu juga, wanita di Mauritania akan makan makanan yang mengandungi kandungan lemak tinggi sejak berusia lapan tahun lagi.

3. Wanita Jepun guna bedak najis burung bulbul dekat muka

Wanita Jepun khususnya para geisha zaman dahulu menggunakan mekap yang amat tebal sehingga seluruh muka mereka berubah menjadi putih.

Untuk pengetahuan anda, mereka menggunakan campuran najis burung bulbul dengan tepung beras sebagai bedak muka. Sekiranya anda mahu tahu, kotoran burung bulbul ini tidak berbau langsung.

4. Wanita Kayan guna gegelung tembaga untuk panjangkan leher

Sumber: Culture Trip

Sejak berusia lima tahun, wanita Kayan akan memakai gegelung tembaga untuk buat leher mereka lebih panjang. Walaupun ia dilihat sebagai punca leher pemakainya panjang, berat gegelung tembaga berkenaan menolak otot di sekitar tulang selangka dan rusuk.

Kesannya, leher mereka akan jadi lebih panjang daripada biasa. Gegelung ini akan kekal selama-lamanya di leher mereka kecuali untuk diganti dengan yang lebih tinggi.

Apa pendapat anda tentang semua tradisi dalam artikel ini?

Penulis:

  • Muhammad Khair Azri Mohd Faizal adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) UiTM.
  • Prof Madya Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan dan Timbalan Dekan Penyelidikan¬†dan Jaringan Industri (FiTA) UiTM.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: