4 Sikap Untuk Dipraktik Jika Inginkan Hidup Yang Gembira

Semua orang inginkan hidup yang gembira, siapa yang tidak mahu bukan? Namun kadang-kadang ada sesetengah daripada kita yang selalu tersekat dengan kesedihan yang melampau akibat daripada kerja seharian mahupun hubungan yang tidak memuaskan.

Memanglah hidup tidak akan sentiasa indah namun masih terdapat cara untuk memastikan supaya kegembiraan kita melebihi kesedihan yang dialami dan salah satunya ialah dengan memfokuskan kepada sikap kita.

Sikap manusia memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti hidup yang dijalaninya terutama dalam memastikan sama ada hidup yang gembira ataupun tidak.

Terdapat empat sikap yang pakar psikologi sarankan untuk sentiasa kita amalkan bagi memastikan kehidupan yang harmoni dan yang pertama ialah:

1. Sikap Perhubungan (The attitude of Connection)

Menurut pakar, rasa terhubung adalah sejenis keadaan mental. Hal ini bermaksud kita akan rasa terhubung melalui pemikiran kita berbanding perbuatan. Dengan kata lain, buah fikiran mengenai perhubungan akan membuatkan kita rasa lagi terhubung berbanding perbuatan.

Buah fikiran ini adalah seperti minat untuk mengenali seseorang, minat untuk melakukan sesuatu, penghargaan dan etc.

Rasa terhubung adalah sejenis keadaan mental. *gambar hiasan

Rasa terhubung juga adalah satu pilihan. Kita boleh memilih sama ada ingin rasa terhubung ataupun ingin rasa terpinggir dan tersisih. Secara amnya, kita akan lebih menyukai diri sendiri apabila kita memilih untuk berasa terhubung.

Kajian mengatakan, kita akan merasa paling baik apabila kita melaburkan masa pada tiga jenis hubungan: transenden (transcendent), kolektif (collective), hubungan intim (intimate),

  • Transenden ialah hubungan yang membantu kita rasa terhubung dengan sesuatu yang lagi besar dan hebat dari kita – sebagai contoh, Tuhan, moral, alam, dan keseluruhan manusia.

  • Kolektif ialah hubungan yang terhasil daripada pelaburan emosi kepada sesuatu kumpulan, di mana kebimbangan peribadi adalah benda kedua yang penting. Hubungan ini menyediakan rasa kekitaan dan dan membentuk identiti sosial kita.

  • Intim ialah hubungan kita dengan kawan baik, kekasih dan ahli keluarga. Di mana kita paling banyak berhubung secara peribadi. Hubungan ini berfungsi dengan baik apabila ia dapat menawarkan kasih sayang dan rasa selamat tanpa syarat kepada setiap ahlinya

Seseorang yang mempunyai sikap yang mementingkan perhubungan ini akan sentiasa mencari jalan untuk rasa terhubung dalam ketiga-tiga aspek ini. Kerana mereka memahami bahawa rasa terhubung memainkan peranan penting dalam memastikan kegembiraan diri manusia.

Tetapi penulis sedia maklum, pada zaman ini adalah dapat disaksikan bahawa makin ramai yang tidak rasa terhubung dengan orang lain. Makin ramai individu yang rasa terasing dan keseorangan.

Dengan kedatangan sosial media yang secara ironinya telah memainkan peranan dalam meminggirkan hubungan manusia, dengan menimbulkan ketidakpuasan hati akibat cemburu, membuat orang berasa tidak cukup dengan diri dan sukar untuk berhubung dengan orang lain akibat ketidakyakinan diri.

Hal yang paling teruk, rasa keseorangan dan dipinggir ini akhirnya menyebabkan seseorang untuk bertindak mencabut nyawa sendiri akibat tidak mampu menampung rasa sedih yang melampau.

Raising awareness of suicide - Vital Record
Kemurungan akibat rasa keseorangan dan terpinggir makin meningkat kebelakangan ini. *gambar hiasan

Jika anda salah seorang yang berasa demikian, tahulah yang anda tidak keseorangan. Di sini penulis sertakan nombor BeFrienders : 03-76272929.

Hubungilah mereka jika anda dalam situasi ini. Mereka menyediakan khidmat 24 jam untuk membantu secara emosi mereka yang memerlukan. Jika anda ada masalah dan tidak punya tempat untuk meluah, hubungilah mereka, mereka sedia mendengar.

2. Sikap penambahbaikan (The attitude of improvement)

Sikap yang kedua yang patut untuk dipraktikkan ialah sikap penambahbaikan. Orang yang mengamalkan sikap ini percaya yang tidak kira apa yang berlaku, mereka akan buat yang terbaik dengan apa yang ada.

Mereka adalah orang yang yakin, bukan mereka tidak akan melakukan kesilapan ataupun gagal, namun apabila mereka lakukan hal demikian, mereka akan pulih, tambah baik dan kemudiannya akan berjaya.

Kebimbangan (anxiety) kita berhubungkait dengan cara kita mempersepsikan kebolehan kita untuk menghadapi sesuatu cabaran. Jika persepsi kita akan kebolehan kita untuk mengatasi masalah itu adalah rendah, maka kebimbangan kita akan menjadi tinggi.

Namun, tahukah anda biasanya persepsi kita akan kebolehan kita adalah berbeza daripada kebolehan sebenar kita. Kita cenderung meremehkan kebolehan diri sendiri untuk mengatasi masalah.

Oleh itu, mulalah amalkan sikap yang suka akan penambahbaikan. Iaitu sikap yang percaya bahawa ada sesuatu yang kamu boleh lakukan lebih baik pada masa akan datang (selepas silap ataupun gagal).

Tipsnya adalah untuk fokuskan pada macam mana nak tambah baik cara kamu lakukan hal itu daripada fokuskan benda buruk yang berlaku. Fokuskan bagaimana nak selesaikan masalah daripada cuba menuding jari mencari siapa yang patut dipersalahkan.

3. Sikap menghargai diri (The attitude of self-reward)

Mudah sahaja untuk mempraktikkan sikap ini, dalam melakukan kerja seharian, setiap kali anda menyiapkan sebarang tugasan, cuba untuk menghargai dan mengakui tentang kejayaan anda.

Tidak kira itu kejayaan kecil atau besar. Stress berlaku apabila kita berlumba menyiapkan setiap tugasan tetapi tidak ada penghargaan ataupun akuan mengenai kejayaan kita menyiapkan hal tersebut.

Hanya dengan meluangkan beberapa saat untuk menghargai diri dan memberi ganjaran pada diri bahkan hanya dengan berkata “mantaplah! Syabas” sambil mengepalkan tangan dapat menghilangkan stress.

Dan ia juga mampu menurunkan kadar anda membuat kesilapan pada masa akan datang.

Perlu Ke "Self Reward"? - MyCompass
Sumber: MyCompass

4. Sikap menghargai

Selain daripada menghargai diri. Antara sikap yang perlu ada juga ialah menghargai orang lain. Cubalah untuk seketika pada setiap hari, melihat akan kebaikan dan perasan akan keajaiban persekitaran.

Lihatlah alam, manusia, hasil seni, idea dan cuba untuk menghargainya. Dengan sikap suka menghargai benda lain juga akan membuatkan hidup anda lebih bermakna. Malah dengan hanya mengucapkan terima kasih kepada abang Grab yang menghantar makanan dan menghargai kerja beliau dapat membuatkan kita rasa lagi gembera.

26 Customer appreciation ideas for small businesses that genuinely care

Kesimpulan

Penulis selalu percaya bahawa kitalah yang menentukan kegembiraan kita. Memanglah kita tidak mampu mengawal segala apa yang terjadi, tetapi satu benda yang selalu berada di bawah kawalan kita ialah sikap apa yang kita pilih untuk amalkan.

Melalui pengulangan dan kesederaan akan empat sikap ini, saya yakin yang setiap orang mampu menjadikan sikap-sikap ini sebagai sikap yang automatik. Yang akhirnya akan membantu menambahbaik hidup anda.

“Peliharalah fikiran kamu dengan fikiran-fikiran yang baik kerana kamu tidak akan lebih tinggi dari apa yang kamu fikirkan.” – Benjamin Disraeli

Thank you for reading and have a nice day!

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: