4 Produk Aneh Yang Dikeluarkan Jenama Terkenal

Sesuatu produk itu adalah lambang identiti sesuatu jenama yang boleh dikenali orang. Apabila sebut tentang sesuatu jenis produk, sudah pasti kita dapat mengaitkan jenamanya sekali. Namun begitu, sesetengah jenama terkenal ini cuba untuk mengeluarkan produk yang tidak berkait dengan produk asal mereka.

Berikut kami kongsikan empat produk aneh yang dikeluarkan oleh jenama terkenal:

1.Lilin berperisa keluaran KFC

Sumber: IDN Times

Pernahkah anda terfikir bahawa krim kentang putar yang berwarna coklat dijadikan lilin pewangi? Percaya atau tidak, itulah idea yang difikirkan oleh pengurusan Kentucky Fried Chicken (KFC) di United Kingdom yang mengeluarkan lilin aroma berperisa krim kentang putar tersebut. Namun begitu, pengeluarannya hanya diterhad kepada 230 unit sahaja.

2. Pelindung matahari keluaran KFC

Sumber: Iluminasi

KFC sekali lagi mengeluarkan produk yang aneh apabila tampil dengan keluaran pelindung matahari SPF30. Apa yang membezakan pelindung matahari KFC dengan pelindung matahari jenama lain adalah pemakai yang memakainya akan mendapati pelindung matahari tersebut berbau ayam goreng KFC.

3. Makanan sejuk beku keluaran Colgate

Sumber: Andra Magda

Colgate yang terkenal dengan produk ubat gigi cuba untuk melakukan perubahan apabila melancarkan siri makanan sejuk beku yang dinamakan Colgate Kitchen Entrees pada tahun 1982 di Amerika Syarikat.

Produk seperti lasagna daging dan salad dijual di dalam kotak yang jelas terpapar jenama Colgate secara besar-besaran. Namun begitu, siri produk ini mengalami kegagalan teruk yang mana besar kemungkinan orang ramai takut hendak mencubanya.

4. Siri baju Big Mac keluaran McDonalds

Sumber: if it’s hip, it’s here

McDonalds telah melancarkan siri fesyen yang berorientasikan burger Big Mac di Sweden. Anda bukan saja boleh mendapatkan baju T bercetak gambar produk mereka bahkan anda juga turut boleh membeli seluar, baju hujan, cadar dan but yang sarat dengan ilutrasi Big Mac yang berulang.

Ini hanyalah pendapat dan kajian yang dilakukan oleh penulis sahaja.

Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Sumber: