Walaupun lagu-lagu hit berkenaan seronok didengari peminat, terdapat beberapa orang penyanyi yang sebenarnya tidak suka langsung dengan lagu popular mereka sendiri.
Dalam artikel ini, kami kongsikan empat lagu siulan ramai yang tidak disukai oleh penyanyinya walaupun ia menjadi siulan ramai.
1. Kurt Cobain (Nirvana)- Smells Like Teen Spirit

Walaupun Nirvana memiliki deretan lagu hits ketika zaman kegemilangan mereka, vokalis kumpulan itu iaitu Kurt Cobain sudah mula rasa tidak senang dengan Smells Like Teen Spirit.
Memetik laporan Lobak Merah, Kurt bimbang dengan lagu ini kerana ia tidak melambangkan Nirvana. Mana tidaknya, lagu itu mencampurkan instrumen alternatif dengan hook manakala lagu-lagu Nirvana lebih ke arah muzik punk. Apa pendapat anda?
2. Lorde- Royals

Meskipun Royals membuatkan dia rasa begitu teruja ketika membuat rakaman, Lorde atau nama sebenarnya Ella Marija Lani Yelich-O’Connor bagaimanapun menganggapnya sebagai lagu yang menjengkelkan selepas terlalu banyak kali mendengarnya ketika ia dirakam.
Penyanyi itu juga jadi malu apabila ramai orang mula cover lagu berkenaan dengan versi mereka sendiri dan memberikan hasil yang jauh lebih baik daripadanya.
Selepas mendengar cover-cover daripada orang lain, Lorde berkata lagu Royals itu sangat teruk apabila dia mendengar semula versinya.
“Saya dengar orang cover lagu ini dan meletakkan putaran mereka sendiri pada lagu itu. Saya mendengarnya dalam setiap bentuk kecuali lagu asal yang saya keluarkan.
Saya menyedari bahawa ia sebenarnya kedengaran teruk. Bunyinya seperti nada dering daripada Nokia 2006. Tiada satu pun melodinya yang hebat atau bagus. Ia teruk tetapi untuk sebab yang sama ia berjaya dalam konteks cara saya mengeluarkan lagu itu.”
3. Radiohead- Creep
Radiohead tidak berminat untuk ‘hidup’ hasil daripada kejayaan lagu Creep meskipun ia telah membuatkan mereka dikenali ramai pada awal 1990-an.
Mereka boleh dikatakan telah menghabiskan sisa tahun 90-an cuba melarikan diri daripada pengaruh lagu itu. Salah seorang ahli Radiohead iaitu Thom Yorke khususnya mengelak lagu itu dan mereka tidak memainkannya selama bertahun-tahun sekiranya membuat persembahan secara siaran langsung.
4. Lady Gaga (feat. Beyoncé)- Telephone

Berbeza dengan lagu-lagu di atas, Lady Gaga mendedahkan menerusi temu bual bersama Popjustice bahawa dia kurang meminati Telephone kerana pengalamannya menghasilkan lagu itu.
“Saya benci Telephone. Adakah itu sesuatu yang teruk untuk dikatakan? Ia adalah lagu yang paling sukar untuk saya dengar. Campuran (mix) dan proses untuk menyiapkan penghasilan lagu itu sangat membuatkan saya tertekan.
Jadi apabila saya katakan ia adalah lagu saya yang paling teruk, ia tidak ada kaitan dengan lagu itu sebaliknya hanya hubungan emosi saya dengannya,” jelasnya.
Lagu Telephone ini tidak sepatutnya menjadi milik Lady Gaga pada mulanya kerana ia sebenarnya ditulis untuk Britney Spears sebelum penyanyi itu membuat keputusan untuk tidak mengambil lagu tersebut.
Menerusi temu bual sama, penyanyi Bad Romance itu berkata dia kurang meminati lagu Money Honey, “Apa yang saya mahu skip over? Tiada (lagu yang akan saya skip daripada album) The Fame Monster.
Saya fikir (lagu-lagu dalam album) itu cukup hebat. (Album) The Fame? Saya mungkin akan skip over Money Honey.”
Pada pendapat anda, apa lagi lagu siulan ramai tetapi kurang diminati oleh penyanyinya sendiri?
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: