Tahukah anda beberapa bandar atau pekan di dunia ini tidak membenarkan jasad penduduknya dikebumikan di kawasan berkenaan?
Penulis kongsikan empat lokasi di dunia yang tidak membenarkan penduduknya untuk menghembuskan nafas terakhir di sana menerusi artikel ini:
1. Delos, Greece

Delos ini terkenal sebagai salah satu lokasi suci orang Yunani pada suatu masa dahulu. Hal ini demikian kerana ia dipercayai merupakan tempat kelahiran Dewa Apollo iaitu salah satu Tuhan utama bagi orang Yunani.
Binaan dan ukiran di sekeliling pulau itu dibuat untuk menyembah Apollo menjadikan Delos ini sebuah kawasan suci. Ia diisytiharkan sebagai kawasan larangan untuk mana-mana manusia meninggal dunia di sana kerana kepentingannya kepada kepercayaan masyarakat Yunani pada zaman dahulu.
Pemerintah Yunani bermula pada tahun 5 Sebelum Masihi (SM) turut mengarahkan penggalian semula semua pusara di Delos supaya jasad-jasad tersebut dipindahkan ke pulau lain. Semua penduduk asal Delos turut dipindahkan untuk memastikan kesucian pulau ini kekal terjaga.
2. Pulau Miyajima, Jepun
Tokong Itsukushima di Pulau Miyajima ini merupakan salah satu tourist spot di negara matahari terbit. Hal ini demikian kerana keindahannya dan statusnya sebagai tokong agama Shinto.
Itsukushima ini dibuka pada abad keenam untuk menyembah Tuhan kepercayaan Shinto iaitu Susanoo-no-Mikoto yang menjaga lautan dan Amaterasu yang mengawal matahari.
Untuk pengetahuan anda, penjaga tokong Itsukushima memastikan tidak ada sebarang bentuk pelanggaran adat dan tradisi mereka di pulau tersebut sejak tahun 1878. Mereka juga tidak membenarkan apa-apa bentuk kelahiran dan pengebumian berlaku di sana.
3. Sellia, Itali
Purata utama penduduk pekan kecil yang terletak di selatan Itali ini melebihi 60 tahun. Penurunan penduduk daripada lebih 1,300 orang pada 1960 ke 537 orang 55 tahun kemudian menyebabkan Datuk Bandar Sellia iaitu Davide Zicchinella kuat kuasa undang-undang yang mewajibkan semua penduduk menjalani ujian kesihatan secara berkala pada tahun 2015.
Walau bagaimanapun, mereka yang gagal menghadiri ujian itu dan jatuh sakit akan dikenakan bayaran cukai sebanyak EUR10 (RM48) setahun.
Pengenalan undang-undang ini ternyata menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk-penduduk di kawasan tersebut.
4. Longyearbyen, Norway

Berbeza dengan semua lokasi di atas yang tidak membenarkan penduduknya menghembuskan nafas terakhir di sana kerana faktor kepercayaan atau masalah setempat, cuaca sejuk di Longyearbyen di Svalbard, Norway ini menghalang jasad untuk mereput.
Bagi yang masih keliru, Longyearbyen tidak mengeluarkan larangan khas kepada mana-mana individu untuk meninggal dunia di sana. Mereka boleh meninggal dunia dan dikebumikan seperti biasa tetapi cuaca yang terlampau sejuk ini menghalang pengebumian jasad menggunakan keranda. Sekiranya anda mahu tahu, jasad yang telah dibakar sahaja dibenarkan untuk dikebumikan di situ.
Pada pendapat anda, kawasan manakah yang mempunyai peraturan paling unik mengenai larangan pengebumian di sana?