Penghasilan muzik dan melodi memerlukan bakat dan kreativiti yang tinggi untuk membolehkannya sampai ke tahap yang tinggi.
Terkadang, penciptaan kedua-dua ini boleh menjadi serupa tanpa disengajakan kerana variasi penggubahannya tidaklah seluas yang disangka.
Walau bagaimanapun, ia bukanlah satu alasan bagi pencipta muzik atau penggiat seni untuk sewenang-wenangnya meniru hasil karya orang lain.
Berikut penulis kongsikan 5 lagu terkenal yang disaman atas tuduhan mencuri lagu orang lain.
1. Sam Smith – Stay With Me VS Tom Petty (The Heartbreakers) – I Won’t Back Down
Seperti yang kita semua tahu, Sam Smith merupakan antara artis antarabangsa yang sangat berbakat. Namun, persamaan lagu yang diterbitkannya pada tahun 2014 iaitu Stay With Me dan lagu daripada Tom Petty (The Heartbreakers) iaitu I Won’t Back Down adalah sangat jelas.
Walaupun tiada situasi saman menyaman berlaku, namun penyanyi lagi To Die For ini terpaksa memberikan kredit kepada Tom Petty sebagai penulis bersama lagu tersebut.
2. Coldplay – Viva la Vida VS Joe Satriani – If I Could Fly
Band terkemuka dunia, Coldplay turut tidak terlepas daripada tuduhan plagiarisma. Isu ini telah memberikan imej buruk kepada mereka.
Pada tahun 2008, lagu Viva la Vida mencatakan sejarah sendiri apabila berada di tangga pertama Billboard Hot 100.
Hal ini telah menarik perhatian dunia termasuklah gitaris lagenda iaitu Joe Satriani. Menurut Joe, band ini telah meniru beberapa bahagian daripada lagunya yang dikeluarkan pada tahun 2004 iaitu If I Could Fly.
Walau bagaimanapun, Coldplay memberitahu bahawa ia adalah satu kebetulan dan mereka bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini di luar mahkamah.
3. Ed Sheeran – Photograph VS Matt Cardle – Amazing
Ed Sheeran yang merupakan antara artis terkenal antarabangsa juga pernah terpalit dengan kontroversi sebegini.
Salah satu lagunya yang menjadi siulan dunia iaitu ‘Photograph’ dikatakan meniru lagu yang dinyanyikan oleh Matt Cardle iaitu pemenang X Factor UK 2012.
Lagu ‘Photograph’ ini dikatakan meniru separuh daripada lagu ‘Amazing’ yang dihasilkan Matt Cardle pada tahun 2012. Walau bagaimanapun, pertikaian ini diselesaikan setelah Ed bersetuju untuk membayar ganti rugi yang bernilai RM77.91 juta pada tahun 2017.
4. Robin Thicke – Blurred Line VS Marvin Gaye – Got to Give It Up
Lagu Blurred Lines yang dinyanyikan oleh Robin Thicke yang turut menampilkan Pharell Williams ini telah dituduh oleh keluarga mendiang Marvin Gaye kerana meniru lagu mendiang iaitu Got to Give It Up yang dikeluarkan pada tahun 1977.
Setelah dibicarakan, mahkamah mengeluarkan keputusan pada Mac 2015 yang menyebelahi keluarga Marvin Gaye dengan jumlah pampasan bernilai RM28.81 juta.
Jadi, adakah tuduhan menciplak lagu ini adalah kebetulan atau disengajakan? Kongsikan pendapat atau pengalaman anda di ruangan komen di bawah.