4 Kisah ‘Time Capsule’ Ini Hanya Buat Orang Ramai Kecewa

Aktiviti menanam kapsul masa ini tidak dinafikan merupakan satu perkara yang menyeronokkan. Ia adalah salah satu cara untuk berkomunikasi dengan generasi yang hidup pada masa hadapan.

Namun, apa yang membuatkan aktiviti itu menjadi lebih seronok apabila masa yang dinanti-nantikan itu tiba untuk kita menggali semula dan membuka kapsul masa berkenaan.

Hal ini demikian kerana kita mahu melihat objek harian yang digunakan oleh generasi terdahulu dengan mata sendiri.

Untuk pengetahuan anda, penanaman kapsul masa ini mula menjadi terkenal pada Pameran Sedunia 1939 di New York, Amerika Syarikat.

Tema Pameran Sedunia pada edisi tersebut adalah dunia esok di mana ia menampilkan seni bina moden dan teknologi futuristik. Penulis kongsikan empat kisah kapsul masa yang hanya mengecewakan ramai orang menerusi artikel ini:

1. Kapsul masa Derry (1969)

Para penduduk Derry di New Hampshire, Amerika Syarikat berkumpul di perpustakaan tempatan pada tahun lalu untuk menyaksikan apa yang mereka harapkan sebagai satu saat penting dalam sejarah bandar berkenaan.

Dijadualkan untuk dibuka semula 50 tahun kemudian, pembukaan kapsul masa itu dipercayai mengandungi memorabilia daripada angkasawan terkenal Amerika Syarikat iaitu Alan Shepard.

Mereka sebaliknya tidak menemui apa-apa dalam kapsul masa tersebut. Cara Potter iaitu pengarah perpustakaan berkenaan menyatakan mereka sangat terkejut apabila mengetahui peti itu kosong.

Walaupun tiada rekod untuk mengesahkan apa yang sebenarnya tersimpan dalam peti keselamatan itu, satu perkara yang pasti adalah ia telah beberapa kali dipindahkan sepanjang 50 tahun tersebut.

2. Kapsul masa Bay City

Para pekerja Dafoe Shipbuilding Co. di Bay City, Michigan, Amerika Syarikat menanam Kapsul Keamanan John F. Kennedy pada tahun 1965.

Ia tidak boleh dibuka untuk satu abad bersamaan dengan 100 tahun. Walau bagaimanapun, ahli-ahli majlis bandar Bay City itu pula menjadi tidak sabar pada tahun 2015 lalu memerintahkannya untuk digali 50 tahun lebih awal daripada tarikh dijadualkan.

Kapsul masa itu rupa-rupanya mengandungi kertas yang telah musnah, satu pasang kasut but wanita, pengepit ais gergasi, pengasah pensel, lesung batu, riben, pengisar kopi, mentol dan seterika bukan elektrik.

3. Kapsul masa Westport Elementary School

Pegawai penguasa sekolah yang terletak di Missouri, Amerika Syarikat ini menanam satu kapsul masa pada tahun 1947.

Kapsul itu hanya boleh dibuka 50 tahun kemudian. Dia turut meninggalkan nota yang lebih terperinci mengenai kapsul masa ini.

Walau bagaimanapun, pegawai itu lupa untuk memasukkan sebarang maklumat mengenai lokasi kapsul tersebut.

Salah seorang guru yang ditugaskan untuk mencari kapsul masa berkenaan pada waktu itu turut berkata bahawa lokasinya merupakan satu sejarah misteri.

Usaha pencarian itu ternyata tidak membuahkan hasil kerana peta sekolah itu dilaporkan sudah hilang.

4. Kapsul masa Long Island

Sumber: Newsday

Bersempena dengan ulang tahun Smithtown yang ke-350 pada tahun 2015, para penduduk membuka satu kapsul masa yang telah ditanam pada tahun 1965 di hadapan dewan bandar tersebut.

Penduduk Smithtown yang terletak di Long Island, New York ini mengadakan perayaan pembukaan kapsul masa tersebut.

Lebih daripada 175 penduduk berkumpul untuk meraikan acara itu di mana mereka menyaksikan pegawai bandar menggayakan kostum secara dramatik untuk mendedahkan kandungan kapsul masa tersebut.

Walau bagaimanapun, mereka sebaliknya menemui pengisytiharan kumpulan Brothers of the Brush, kertas, peralatan yang digunakan pada acara ulang tahun ke-300, buku telefon, wang tunai, topi hitam lelaki dan bonet putih.

Sudah tentu, ia tidak menepati expectation penduduk Smithtown kerana mereka menjangkakan individu yang menanam kapsul masa berkenaan mempunyai imaginasi yang lebih baik dengan memasukkan artifak yang digunakan pada masa itu.

Pengarah Eksekutif Persatuan Sejarah Smithtown iaitu Kiernan Lannon sebaliknya berkata bahawa apa yang paling menarik daripada kapsul tersebut adalah bau yang sangat tidak menyenangkan.

Sementara itu, Malaysia juga mempunyai lima kapsul masa yang telah ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Abdul Daim bin Zainuddin. Penulis kongsikan lima lokasi kapsul berkenaan menerusi artikel ini:

1. Sunway Putra Mall: 1987-2087

2. Hentian Rehat dan Rawat Rawang: 1994-2018

3. Mercu Tanda Putrajaya: 1995-2020

4. Menara Kuala Lumpur: 1996-2018

5. Bursa Malaysia: 1987-2020

Pada pendapat anda, bilakah kapsul masa ini akan dibuka? Apa pula yang anda mahu lihat dalam kapsul masa tersebut?

Sumber: