4 Jenis Urutan Paling Pelik Di Dunia

Terapi urutan difahamkan telah wujud di dunia sejak 5,000 tahun dahulu, malah berkemungkinan lebih lama bertapak di India kerana dianggap sebagai ‘sistem suci’ penyembuhan secara semula jadi.

Apabila sesuatu budaya dan sejarah mula berkembang, kaedah penyembuhan ini telah tersebar ke serata tempat seperti China dan Asia Tenggara kira-kira 2700 SM (sebelum Masihi).

Sehubungan dengan itu, kaedah urutan mula banyak mengikut peradaban masyarakat yang pelbagai serta dapati bermacam-macam jenis teknik urutan yang ada di seluruh negara.

Setiap jenis urutan pastinya ada kelebihan dan manfaatnya yang tersendiri. Tetapi, terdapat juga banyak jenis urutan yang pelik di dunia yang kita jarang dengari.

1. Urutan guna ular sawa

Sumber: Zayan

Urutan ini terkenal di negara seperti Thailand, Indonesia, Rusia dan beberapa negara lain.  Kaedah ini menggunakan ular yang difahamkan dapat mengurangkan kesakitan otot dan sendi. Selain itu, penggunaan ular ini akan melancarkan darah dan membebaskan endorfin.

2. Urutan pemotong daging

Sumber: Teh tarik gelas besar

Teknik urutan yang disebut sebagai daoliao ini terkenal di Taiwan. Difahamkan merupakan teknik tradisional yang wujud sejak 2000 tahun dahulu.

Tukang urut akan menggunakan bahagian tajam pisau pemotong daging yang sudah dilapik kain untuk menekan bahagian-bahagian tertentu pada badan yang bermasalah.

3. Urutan muka siput babi

Sumber: Astro Awani

Beberapa spa di United Kingdom, Rusia dan Jepun difahamkan telah meletakkan tanda aras baru dalam teknik urutan muka dengan menggunakan siput babi yang mana difahamkan dapat mencantikkan kulit yang rosak.

Beberapa ekor siput akan diletakkan diatas muka pelanggan dan kemudian dibiarkan untuk ‘merayap’ di atas muka.

4. Urutan lempangan muka

Urutan ini pula dikatakan dapat mengurangkan kedutan halus pada muka dan melambatkan proses penuaan. Sebuah spa di San Francisco memperkenalkan teknik urutan lempangan di bahagian muka dengan harga sekitar $350 (RM 1,352).

Memang tidak dinafikan terdapat pelbagai manfaat dan kebaikan dari sudut kesihatan melalui terapi urutan ini.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: