Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah yang disambut oleh umat Islam seluruh dunia tidak kira bangsa.
Apabila tiba hari raya, juadah pada hari tersebut sangat istimewa dan setiap hidangan menunjukkan identiti negara itu tersendiri.
Contohnya di Malaysia setiap kali Hari Raya Aidilfitri sudah tentunya rendang adalah makanan yang akan dihidangkan sepanjang hari perayaan tersebut.
Berikut adalah 4 jenis makanan tradisional hari raya yang terdapat di negara lain.
- Cambaabur

Cambaabur merupakan roti seperti lempeng dari Somalia. Makanan ini adalah hidangan istimewa Aidilfitri bagi masyarakat di sana.
Cambaabur juga dikenali sebagai Eid Bread dan roti tersebut selalunya disediakan dua hari sebelum menjelangnya Aidilfitri.
- Tajine

Makanan yang biasa ditemui di bahagian utara negara Afrika terutamanya di Morocco.
Tajine adalah sejenis hidangan stew berasaskan protein seperti daging atau ikan yang dimasak bersama sayur-sayuran dan buah-buahan.
Perkakasnya juga sangat unik kerana untuk masak makanan ini, mereka menggunakan perkakas yang diperbuat daripada tanah liat.
- Lokum

Lokum merupakan makanan yang digemari oleh masyarakat Turki.
Lokum atau dikenali sebagai Turkish Delight adalah makanan yang diperbuat daripada gula serta gel pati kemudian disajikan dalam bentuk kiub.
Lokum mempunyai pelbagai inti di dalamnya. Antara inti Lokum adalah kurma, kacang pistasio dan walnut.
- Manti

Sejenis makanan yang berbentuk seperti ladu sangat terkenal bagi masyarakat Islam di Russia.
Manti adalah doh berbentuk ladu dan intinya diisi dengan daging lembu atau kambing. Manti selalunya dihidangkan bersama sos khas atau mayonis.
Makanan ini merupakan hidangan yang istimewa bagi masyarakat Islam di Russia sewaktu Aidilfitri.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: