4 Jenis Aksesori Kereta Yang Bahaya Untuk Digunakan

Aksesori tambahan kereta adakalanya boleh mendatangkan bahaya kepada pemandu tanpa disedari. Ada sesetengah aksesori kereta yang tidak sesuai untuk digunakan kerana boleh membawa kepada risiko kemalangan.

1.Karpet Kereta

Karpet kereta jenis ini boleh mengundang bahaya kerana ia tidak mempunyai saiz yang betul. Penggunaan karpet yang bersaiz lebih besar boleh menyebabkan pedal brek tersangkut. Hal ini boleh mengakibatkan kereta akan brek dengan mengejut.

2. Dashboard Cover

Kebanyakan pemilik kenderaan menggunakan dashboard cover kerana mahu menjaga kondisi papan pemuka atau dashboard. Namun demikian, penggunaan papan pemuka ini boleh mendatangkan bahaya kerana boleh menghalang airbag keluar sekiranya berlaku kemalangan.

3. Klip Tali Pinggang Keledar

Penggunaan klip berbahaya kerana jika berlaku impak yang kuat boleh menyebabkan ia tercabut dan pecah. Tambahan pula, dengan penggunaan klip ini bersama dengan tali pinggang keledar tidak dapat menjamin keselamatan dengan baik. Namun, ramai orang sering menggunakannya kerana tidak mahu penggera amaran berbunyi.

4. Hiasan Pada Cermin Pandang Belakang

Pemandu sering meletakkan aksesori pada cermin pandang belakang. Antaranya ialah aksesori seperti rantai, tasbih malah tali fon telinga. Ia sebenarnya tidak selamat bukan sahaja untuk anda malah kepada penumpang kerana dapat menghalang penglihatan pada cermin pandang belakang tersebut.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber: